Rasulullah SAW melarang umatnya menghina dan memperkecilkan orang lain ketika bertemu. Sabda Baginda: "Jangan sesekali kamu menghina seseuatu yang baik dan kalau kamu kertemu saudaramu hendaklah dengan muka yang manis." (Riwayat Muslim)
2. Wajah yang tenang
Hadapi kawan atau musuh dengan wajah yang tenang, gembira, sopan dan rela hati. Elakkan daripada menunjukkan sikap angkuh, sombong dan tinggi diri. Sebaik-baiknya ukir senyuman kerana senyuman dapat mengeratkan tali persaudaraan, menyerikan wajah, menceriakan suasana serta merupakan sedekah.
3. Beri tumpuan
Kita seharusnya memberi tumpuan kepada kawan yang sedang berkomunikasi atau bercakap dengan kita. Jangan terlalu banyak menoleh ke mana-mana dan jangan terlampau tajam memandang orang lain.
4.Buang tabiat kurang sopan
gambar hiasan semata-mata
Jangan biasakan diri memasukkan jari ke dalam lubang hidung, banyak meludah atau berhingus di tempat awam, banyak menguap atau menggeliatkan badan. Buang tabiat kurang sopan ini agar kita dapat menjaga budi pekerti diri yang baik dan sopan santun.
5.Tenangkan diri
Usahakan agar duduk kita nampak tenang, kata-kata teratur, manjadi pendengar yang baik.
6.Jangan berpura-pura
Sewajarnya kita perlu menerima hakikat hidup dalam dunia realiti. Malah, kita disarankan agar kita jangan berpura-pura dan hipokrit kerana setiap tindak tanduk, perbuatan, dan apa jua yang terdetik di hati kita diketahui oleh ALLAH SWT.
Firman ALLAH SWT: "ALLAH mengetahui segala pengkhianatan yang bermula dari mata dan apa yang tersembunyi di dada setiap hamba." (al-Ghafir: 19)
7. Jangan bandingkan dengan harta sendiri
Sewajarnya kita jangan sesekali membandingkan atau menjadikan harta lebih mulia daripada kehormatan kita sendiri.
"Pada hari yang tidak ada manfaat sama ada harta benda begitu juga anak-anak melainkan sesiapa yang menghadap ALLAH dengan hati yang suci murni (iaitu penuh keikhlasan) kerana ALLAH semata-mata." (al-Syuaara: 88-89)
~kenangan zaman persekolahan~ |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang yang beriman (QS 51:55)