“Anti, nanti jaga diri baik2 ye,”
Musfyrah menepuk bahu akhwat di sebelahnya. Dalam maksud kata-kata itu.
Kedua2nya senyap memerhatikan permandangan indah di hadapan mata. Dari atas
bukit yang dia sendiri kurang pasti namanya, mereka dapat memerhatikan
sebahagian kawasan Serdang, dan sayup-sayup kelihatan Menara Berkembar Petronas
dan Menara Kuala Lumpur ditutupi kabus, atau mungkin jerebu. Sebelah kiri
ternampak bangunan-bangunan kolej kediaman dan padang kawat. Sebelah kanan ada
semak dan jirat cina. Ada yang berkata bahawa bukit itu adalah puncak tertinggi
di UPM.
“Fyrah, antunna nak duduk atas
bukit ni sampai pukul berapa?” Syahidah bertanya seolah2 tidak mengendahkan
kata-kata Musfyrah tadi. Mereka masih menanti anak-anak halaqah Musfyrah yang
menunggang basikal dari Raudhah, rumah akhwat UPM. Mereka berdua sampai
terlebih dahulu kerana menaiki motorsikal. Sebenarnya pagi itu dia mengajak
Syahidah menemaninya ke bukit itu untuk melihat matahari terbit bersama anak
halaqahnya.
“Dah nampak sunrise baliklar,
banyak kerja nak buat lagi ni, dorang pun ada exam esok. Afwanlar ana selalu
menyusahkan anti,”kata Musfyrah. Syahidah diam lagi.
‘Phlegmatic betul!’getus Musfyrah
dalam hati. Syahidah memang begitu, pendiam tapi cerdas. Kalau Musfyrah cakap
dia tiada perasaan, dia jawab dia malas nak jadi melancholy. Syahidah yang
pandai menunggang motorsikal sering diminta Musfyrah untuk tolong hantarkan ke
mana-mana. Walaupun suka menaiki ‘kuda’ dengan akhwat tetapi Musfyrah berazam
dia akan belajar menunggang motorsikal dan mengambil lesen supaya tidak
menyusahkan akhwat lagi.
Nota kuliah subjek Pengurusan
Sisa Pepejal itu ditatap dengan penuh perhatian. Dia cuba menghafal definisi
untuk ‘Sanitary Landfill’ atau dalam Bahasa Melayunya ‘tempat pelupusan sampah
sanitari’. Kemudian dia menulis pula di atas whiteboard kecilnya definisi yang
ada 3 ayat itu. Dia kemudian memandang jam di skrin laptop. Pukul 10.30malam.
‘Mana Syahidah ni? Kenapa tak
balik lagi, dari lepas zohor tadi keluar,”getus hatinya. Teringat mimpinya
semalam. Syahidah, akhwat yang disayanginya kemalangan motorsikal dalam UPM.
Sakit dadanya apabila terbayang perkara menakutkan itu. Malas melayan perasaan
itu dia melayari internet.
“Astaghfirullahal’azim, 2 orang
pelajar UPM kemalangan motorsikal petang tadi. Tempat di Kolej Serumpun. Ya
ALLAH, kesiannya, siapa dorang tuh,”Musfyrah membaca berita yang dilihatnya dari
Facebook. Berita itu tidak memaparkan nama pelajar yang terlibat dengan
kemalangan tersebut. Mereka dimasukkan ke Hospital Serdang dan dilaporkan
stabil.
Musfyrah berharap kepada ALLAH
agar bukan akhwat-akhwatnya yang terlibat dengan kemalangan tersebut. Tapi
hatinya masih tak sedap. Malam itu dia tinggal berdua dengan Kak Athira yang
sedang belajar di dalam bilik. Kak Aini yang bekerja sebagai jururawat bekerja
malam hari itu. Akhwat yang lain semua keluar, mungkin mengadakan halaqah atau
belajar di bilik kawan kerana minggu itu mereka sedang menghadapi peperiksaan
akhir semester.
Musfyrah mencapai telefon
bimbitnya dan mencari nama Syahidah.
“tut..tut..tut..Assalamualaikum,
ye Fyrah, kenape?” ‘Huh, reda degupan kencang jantung Musfyrah mendengar suara itu.
“Waalaikumussalam. takde, nak
tanya, anti kat mana? Bila nak balik rumah?”
“Ada kat serumpun ni, belajar
dengan kawan, nak balik dah,”
“Owh..ok. Hati-hati tau.
Assalamualaikum,”
“Waalaikumussalam.” Talian
diputuskan. Musfyrah menatap telefon bimbitnya.
‘ALLAH, kenapa aku rasa macam
ni?’
Hari Khamis adalah giliran untuk
dia memasak. Pagi tadi Kak Azmiera sudah membeli ikan di pasar pagi dan tolong
menyiangkan ikan-ikan itu. Melihat ikan itu Musfyrah terfikir untuk memasak
gulai asam pedas kegemarannya. Lagipun, Raudhah sudah lama tak bau asam pedas. Dia
menyediakan bahan-bahan dan membersihkan ikan.
“Fyrah, masak apa tuh?” tegur
suatu suara yang sudah lama tidak didengarinya. Dia mengangkat muka.
“Eh, Kak Ain! Alar, tangan
busuklar bau ikan. Tak boleh nak salam. Ana nak masak gulai asam pedas. Akak
makanlar kat sini, boleh rasa air tangan ana, tapi kalau tak sedap jangan
marah,”
“Oh, ye ke, akak datang sekejap
jer ni, nak ambil SINERGI baru tuh, lepas tuh nak pergi pejabat balik. Lain
kali lar ye akak datang makan dengan antunna. Fyrah sihat? Exam macam mana?
Tadi akak tengok muka anti masam jer, tahulah nak masak gulai asam. Hehe, anti ok
ke?”
“Eh yeke?nampak sangat ke kak?
Xde apelar kak, tension sebab exam ni, fikir anak halaqah lagi.”
“Owh..kalau takde masalah
baguslar. Petang ni free tak, akak nak ajak teman akak ziarah anak halaqah akak
kat Kolej 17.”
“Owh, petang ni ana takde ape2.
Boleh kak, insyaALLAH.”
Kolej 17 adalah kolej kediaman
untuk pelajar perubatan dan sains kesihatan UPM. Kereta Viva berwarna perak
milik Kak Ain, bernama Iman, baru sahaja keluar dari pagar kolej itu. Jam
kereta menunjukkan 8malam.
“Akak, macam mana nak hilangkan
rasa takut dan risau yang bukan-bukan dengan akhwat?”tanya Musfyrah. Alunan ayat-ayat
suci al-Quran dari radio yang dipancarkan dari stesen Radio IKIM.fm memenuhi
ruang dalam kereta. Tenang.
“Owh, kenapa anti risau dengan
akhwat tuh, dia ada buat maksiat ke?”tanya Kak Ain kembali. Kak Ain bagi
Musfyrah ibarat kaunselor. Orang yang lebih tua daripadanya, pasti lebih banyak
pengalaman, terutamanya dalam dakwah dan tarbiyah.
“Taklar kak, dia baik jer,”
“Habis, anti risau kenapa? Dia
ada kat mana sekarang?”
“Ada jer kat Raudhah tuh, Ana
just risau dia accident, atau kena apa2”
“Sebab apa anti rasa macam
tuh?”pertanyaan Kak Ain kali ni sangat sukar untuk dijawab. Dia terkedu. ‘Hmm,
sebab apa aku fikir macam tuh hah?” Dia bertanya kembali kepada dirinya.
“Fyrah, Annur suka tengok Fyrah
senyum, comel sangat. Tapi dah lama Annur tak nampak senyuman itu.” Tergiang
kata-kata Annur ketika liqo iman mereka minggu lepas. Fyrah melihat lukisan
wajahnya yang dilukis oleh Annur. Tersisip di helaian Quran terjemahannya. Walaupun
sekadar lukisan tapi sangat menyimpan makna buatnya.
“Subhanallah, manisnya ukhuwah,
semanis epal.” Teringat Syahidah yang gemar makan epal. Dan sesuatu bingkisan
hadiah daripada Syahidah.
‘Eh, takde..tadi ada dalam Quran
ni,’ hatinya cemas. Dia menyelak beberapa helaian Quran itu.
“Fyrah, cari apa? jom siap cepat,
dorang semua dah on the way nak pergi tasik, nanti lambat kena iqab bagi
tazkirah,” Annur bertanya. Dia sudah siap memakai tudung. Pagi itu mereka akan
beriadah dan berrehlah di tepi tasik depan rumah mereka.
“Cari epal.” Musfyrah
menyelongkar mejanya.
“Epal? Syahidah dah bawa tadi
dengan makanan semua,” Annur menjawab.
“Bukan epal tuh, epal lain..”
“OK, Fyrah, cuba bayangkan ibu
Fyrah kat rumah, duk risaukan Fyrah kat sini, setiap masa fikir, last2 dia
suruh Fyrah balik, duduk rumah jelar katanya. Boleh ke camtuh? Apa yang anti
akan cakap kat ibu anti kalau jadi camtuh?” Dia tersentap mendengar pertanyaan
Kak Ain kerana dia pernah mengalami situasi itu dulu. Dan dia meminta ibunya
untuk sentiasa berdoa agar ALLAH menjaga keselamatannya sepanjang berada di
negeri orang. Dia juga meminta ibu bapanya agar sentiasa bergantung harap
kepada ALLAH kerana semua yang berlaku berada dalam perancangan ALLAH.
“Ye Fyrah, ini semua masalah
aqidah, sama ada kita bergantung harap kepada ALLAH atau tidak. Kita sepatutnya
serahkan kepada ALLAH keselamatan akhwat-akhwat kita dan berdoa supaya ALLAH
menjaga mereka. Di samping turut menyuruh dorang jaga keselamatan
masing-masing. Pasal mimpi buruk, perasaan-perasaan bukan-bukan itu semua
mainan syaitan yang saja nak menggangu anti. Takpe, banyakkan berdoa, zikir dan
paling penting yakin dengan ALLAH, positif dengan ALLAH, insyaALLAH ALLAH akan
jaga semuanya.”
“Segala yang berlaku berada dalam
perancangan ALLAH. Kita pun merancang, tapi ALLAH terlebih dahulu merancang,
Dan perancangan ALLAH yang terbaik. Kita sebagai hamba akan redha dengan segala
ketentuannya setelah kita sudah usaha bersungguh-sungguh serta bertawakkal.”
Lagi 1, kita jangan berlebihan
menyayangi manusia. Akak yakin anti dah faham priority cinta kita. Kalau kita
terlalu menyayangi manusia? Mana tempat ALLAH dan Rasulullah di hati kita? Mana
ruang cinta jihad di hati kita?”
“Fyrah, menung apa tuh?” Syahidah
menepuk bahunya. Fyrah memandang sekeliling, takut ada yang nampak dia
terperanjat sampai melatah. Syahidah yang tadi sedang berjoging sudah berada di
tepinya. Musfyrah pula malas nak berjoging dan memilih untuk duduk memerhatikan
tasik. Pagi itu tak ramai orang di Taman Tasik Sri Serdang. Yang ada
orang-orang tua berbangsa cina yang sedang bertaici.
“tadi Annur kata, anti cari
epal,” Musfyrah tetap memandang depan. Diam. Tidak mempedulikan kata-kata
Syahidah.
“Ni ke epal yang anti cari?”
Syahidah mengambil tangannya dan meletakkan sesuatu. Sekeping kad kecil
berbentuk epal. Mata Musfyrah terbeliak.
“Syahidah, anti sorokkan benda
ini ke? Kenapa?” Musfyrah berdiri, pura-pura marah.
“Saja, nak sakat anti, haha!”
“Nakal!” mereka berdua berkejaran
di taman tasik itu. Kak Azmiera dan Kak Aini menggelengkan kepala.
“Manisnya epal yang Syahidah beli
ni,”Annur mengunyah buah epal. Senyum.
"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan kecuali orang-orang yang bertaqwa" (43:67)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang yang beriman (QS 51:55)