“Masa
pun takde masa nak buang masa dengan kita.”
Ayat
apekah ini??kreatif..kreatif..mesti tersenyum orang yang cipta ayat
ni baca. Ayat ini tertampal di kelas saya semasa di sekolah dahulu, 5
Sains 1 tahun 2010. Kelas yang dihuni seramai 24 orang terdiri
daripada 18 orang bidadari dan 6 orang bidadara..(waa..kembanglar
depe). Sebenarnya kami perlu menyediakan ayat2 motivasi setiap
seorang untuk ditampal di atas whiteboard kelas. So, bolehlar ayat
itu ditatap kalau mengantuk ke..huhu..
ok,
cukuplar melayan memori zaman sekolah muda2 dulu. Sebenarnya saya
hendak menaip sedikit perkongsian saya mengenai sesuatu yang tidak
dapat kita lihat, tapi sentiasa bergerak pantas, tidak pernah
menunggu kita. Yang berlalu tidak pernah kembali, yang seterusnya
masih tak pasti dapat dinikmati.
“Demi
masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang2 yang
beriman dan mengerjakan amalan kebajikan serta saling menasihati
untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”(surah
al-'Asr 103:1-3)
memang
dah ramai yang hafal terjemahan surah al-'Asr ni kan? Sebab ada
nasyid yang dipopularkan oleh kumpulan Raihan. Tapi sejauh mana kita
menghayati maksudnya?
“A'ah.
Alin pun tahu jep maksud surah ni tapi tak paham sangat.” kata si
adik bongsu, baru berusia 10 tahun. Ketika itu baru lepas mengaji.
Alin suka bertanyakan maksud surah-surah yang dipelajarinya.
Kadang-kadang dia baca sendiri makna surah daripada Quran terjemahan
hijau milik Along.
“Apa
yang tak pahamnya,” Kak La, yang second last bertanya kepada Alin
walaupun dia tahu Alin bertanya pada Along. Dia pun sudah menutup
Quran yang dibacanya dan sama-sama menunggu jawapan Along.
“A'ah..Alin
tak paham yang mana?hehe..”Along memandang adik2nya yang tinggal 2
orang di rumah. 3 orang lagi di asrama. Nanti bila dia ke universiti
tinggal berdua jelah yang menemani ibu ayahnya. budak2 ni sifat
inkuirinya tinggi.
“Ok,
Along nak tanya kome, agaknya kan, macam mana keadaan orang-orang
yang kerugian yang dimaksudkan dalam surah ni?”Along bertanya siap
ada gaya lagi.
“hmm..Orang
yang buang masa lar Along,” Alin menjawab.
“pandai,
adik sapa lar ni..hehe.. jadi Kak La, buang masa tuh macam
mana?”soalan dituju pada kak La. Saje nak test adiknya yang baru
Form 1.
“ yelar,
macam orang yang buat perkara-perkara yang tidak berfaedah,” jawab
Kak La.
“Contohnya?”
Along bertanya lagi.
“contohnya,
tengok tv, main game, tidur pada waktu bukan sepatutnya,” Kak La
memberikan pendapatnya. Pendapat seorang remaja yang memang tak suka
keluar rumah. Mereka bertiga tahu apa yang kak La sebutkan rutin
dalam rumah itu.
“so,
tanpa kita sedar kita selalu buat apa yang merugikan kita. Malah
banyak lagi contoh perkara yang tidak berfaedah. Jadi Alin, macam
mana kita nak buat sekarang, takkan kita nak terus rugi? Bila kita
nak untung pulak?”
“janganlar
buat perangai macam tuh kan Along,” jawapan Alin tanda berfikir.
Along membuka Quran terjemahan berwarna hijau miliknya yang dibeli 3
tahun lepas.
“betul,
dalam Al-Quran pun ALLAH ada kata
“perkara
yang melalaikan itu, perkara yang tidak berfaedah lar kan
Along?”tanya Alin lagi. Teruja dengan ayat Al-Quran yang baru
ditunjukkan.
“Yes,
my dear. So, untuk jadi orang yang beruntung, maksudnya orang yang
berjaya,kita perlu menghindarkan diri daripada perkara yang
melalaikan dan tidak berfaedah. Boleh?”
“InsyaALLAH..”Kak
La dan Alin menyambut kata-kata kakak sulung mereka dengan tersenyum
penuh makna.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Saya
ingin mengutarakan satu persoalan mudah yang pastinya golongan berIQ
tinggi seperti sahabat2 sekalian mampu menjawabnya.
“Apakah
benda yang paling bernilai bagi seorang pelajar?”
“DUIT?”hmm...tepat,
tapi bukan jawapan yang saya inginkan. Ia sangat berharga sehinggakan
boleh frust menonggeng bila terlepas begitu jep.
“Masa
itu emas!” wah..jawapan siap berperumpamaan pula. Heh.
Semasa
di matrik, sewaktu minggu study week, pada suatu malam, saya telah
mendapat sakit kepala yang teruk. Sampaikan tak boleh bangun. Nak
kata migrain tak pernah ada doktor yang sahkan. Saya cuba telan ubat
dan nak study sebab minggu depannya nak final dah, tapi tetap tak
boleh. Siap kena marah dengan roomates saya suruh saya tidur jer.
Esoknya saya rasa rugi sangat sebab tidur. Bayangkan betapa
berharganya masa sehingga rasa rugi tidur di kala tak cukup masa
gitu.
Mujur
ada seorang sahabat saya yang memujuk, “tak pe, mungkin ada
hikmahnya. ALLAH nak bagi ko rehat. Aku tengok siang semalam ko dah
sungguh2 study, malam selalu stay up, aku tak nak sampai ko abaikan
hak badan ko sendiri,” kata-kata kawan saya itu ada benarnya.
Ketika itu, saya rasa saya terlalu gila study sampaikan terjauh
daripada ALLAH. Jadi mungkin ALLAH nak bagi peringatan supaya saya
sentiasa ingat DIA.
Kembali
semula ke persoalan kita tentang masa setelah iklan saya di matrik
tadi. Walaupun dirasakan diri ini tidaklah orang yang alim, tetapi
sekadar mengajak sahabat2 supaya sentiasa belajar dari pengalaman.
Persoalan masa terlalu luas, tetapi yang ingin saya ajukan ialah
sebanyak mana (jika boleh dikira) masa yang telah kita infaqkan untuk
ALLAH. Sebelum itu, saya ingin bertanya dulu kepada diri dan
sahabat2, “apakah kita sudi untuk menginfaqkan masa kita untuk
ALLAH?”
mesti
ada yang bertanya bagaimana nak menginfaqkan masa kita di jalan
ALLAH? Adakah perlu turun berperang dengan Israel yang sedang
mengasak saudara-mara kita di Palestin sana? Mungkin masih tidak
mengizinkan untuk itu walaupaun saya pasti sudah berkobar-kobar
semangat jihad sahabat2.
Semasa
mula mengenal halaqah, saya ditanya oleh kakak murabbiyah, bolehkah
saya mengorbankan masa belajar/tidur/rehat/dobi pada setiap hujung
minggu untuk duduk berhalaqah, mendengar pengisian dalam proses
tarbiyah diri? Saya terdiam. Mampukah saya korbankan masa saya? Juga
duit elaun saya kerana kami perlu keluar dari kolej untuk pergi
halaqah. Mampukah saya istiqamah?
“Wahai
orang-orang yang beriman! mahukah Aku tunjukkan suatu perdagangan
yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu
beriman kepada ALLAH dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik
bagi kamu jika kamu mengetahui.”
(s.
As-Saff 61:10-11)
“sesungguhnya
ALLAH membeli dari orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka
dengan memberikan syurga untuk mereka...”(s. At-Taubah 9:111)
“Berangkatlah
kamu baik dengan rasa berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu
di jalan ALLAH. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu
mengetahui.” (s. At-Taubah 9:41)
Nah,
kakak murabbiyah saya itu macam boleh baca isi hati saya. Sungguh,
saya rasa tenang bila dapat dengar ayat2 itu dan menguatkan keyakinan
saya untuk meneruskan niat saya. Sebagai seorang muslim, kita perlu
sedar peranan kita untuk menyelamatkan umat kita ini daripada terus
tersasar dari landasan sebenar. Teringat status fb seorang sahabat,
“perbaiki
diri dan serulah yang lain” lebih kurang begitulah. Dalam proses
tarbiyah, kita perlu korbankan masa kita untuk mendalami ilmu agama
dan juga menyampaikan kepada yang lain. Masalahnya sekarang kita
selalu kata tiada masa. Terlalu sibuk dengan hal dunia sampai tiada
masa untuk datang ke majlis ilmu. Tidak! Jangan begitu. Kita sendiri
perlu cari masa itu. Biarlah sekejap asalkan sungguh bermanfaat
kerana percayalah ALLAH akan menggantikan masa itu dengan yang lebih
baik.
Contohnya
terlalu banyak, walaupun kesuntukan masa, tetapi masa sedikit yang
ALLAH kurniakan telah dapat digunakan dengan efektif berbanding
mereka yang tidak memperutukkan masa di jalan ALLAH. Pengalaman
seorang kakak senior di matrik dulu, suatu pagi, dia ingin pergi ke
halaqah, tapi assignment banyak tak siap lagi. Sebelum pergi dia nak
ajak kawan sekelasnya tapi kawannya itu sedang siapkan assignment.
Kakak itu pun tak jadi ajak dan terus pergi halaqah. Balik lepas
halaqah petang itu, selepas mandi, basuh kain, dia buat assignment
sampai siap. Then, dia pergi ke bilik kawan sekelasnya tadi, kawannya
masih belum siap assignment yang dibuat sejak pagi tadi.
“Wahai
orang-orang yang beriman! Jika membantu agama ALLAH, nescaya DIA akan
menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (s. Muhammad 47:7)
Masa
yang kita ada di dunia ini hanya sebentar sahaja sebenarnya. Setiap
hari ALLAH bagi kita 24 jam. Saya tak kata bila kita infaqkan masa
kita akan dapat lebih masa jadi 25 jam ke tapi seperti yang saya
ceritakan masa itu terasa cukup untuk kita.
Dalam Al-Quran banyak sekali dipaparkan kisah ketika di akhirat manusia merasakan terlalu sekejap hidup di dunia. Mereka yang melakukan maksiat merayu kepada ALLAH supaya dapat kembali ke dunia untuk melakukan kebajikan. Takkan sampai di sana baru kita nak menyesal? Umur umat Nabi Muhammad adalah sekitar 60 tahun. Jika kita sudah berusia 20 tahun, ada 40 tahun lagi untuk kita. Tapi itu hanya jangkaan. Bila-bila masa malaikat Izrail akan menjemput kita.
Dalam Al-Quran banyak sekali dipaparkan kisah ketika di akhirat manusia merasakan terlalu sekejap hidup di dunia. Mereka yang melakukan maksiat merayu kepada ALLAH supaya dapat kembali ke dunia untuk melakukan kebajikan. Takkan sampai di sana baru kita nak menyesal? Umur umat Nabi Muhammad adalah sekitar 60 tahun. Jika kita sudah berusia 20 tahun, ada 40 tahun lagi untuk kita. Tapi itu hanya jangkaan. Bila-bila masa malaikat Izrail akan menjemput kita.
Jadi
jangan takut untuk membuang masa untuk melakukan kebajikan, untuk
menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar, untuk saling memberi
peringatan kerana jika kita ikhlas kerana ALLAH, insyaALLAH kita akan
dapat ganjaran berlipat ganda daripada ALLAH. Jom cari peluang yang ada di
sekeliling kita untuk menginfaqkan segala yang kita ada untuk deen
yang dicintai ini. InsyaALLAH saya akan kongsikan lagi mengenai infaq
harta pula di waktu yang lain.
"Dan berlumba-lumbalah (bersegeralah) kamu kepada keampunan Rab (Tuhan) kamu dan jannah (taman/syurga) yang seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang yang bertakwa. (Iaitu) orang yang menafkahkan hartanya ketika lapang atau sempit, orang yang menahan marah dan memaafkan manusia. Dan Allah mengasihi orang ‘muhsinin’ (yang melakukan kebaikan)."(s. Ali- Imran 3:133-134)
"Dan berlumba-lumbalah (bersegeralah) kamu kepada keampunan Rab (Tuhan) kamu dan jannah (taman/syurga) yang seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang yang bertakwa. (Iaitu) orang yang menafkahkan hartanya ketika lapang atau sempit, orang yang menahan marah dan memaafkan manusia. Dan Allah mengasihi orang ‘muhsinin’ (yang melakukan kebaikan)."(s. Ali- Imran 3:133-134)
~~selamat beramal..semoga sedikit masa yang diluangkan untuk menatap tulisan yang tidak seberapa ini menjadi ibadah buat kita...;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang yang beriman (QS 51:55)