Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Ramadhan kareem kepada semua sahabat2..hari ini baru hari yang ke-4..alhamdulillah kita masih diberikan ruang dan peluang untuk bersama bulan yang dirindui oleh orang mukmin ini..sama-samalah kita berjuang habis-habisan untuk memerangi nafsu kita dalam bulan ini.
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" (S. Al-Baqarah, 2:183)
Ayat di atas membuka gelanggang perbincangan saya dan adik2 dalam sebuah halaqah di Gopeng, beberapa minggu lepas yang berkisar tentang persiapan untuk menyambut Ramadhan Al-mubarak.
Jadi ALLAH mewajibkan kita berpuasa supaya kita menjadi orang bertakwa. hmm..kita puasa tak tahun lepas? dan berapa tahun kita berpuasa tetapi adakah kita berjaya menjadi insan yang bertaqwa?? hmm..senyum..tak perlu kata apa2..
Antara ciri-ciri golongan al-muttaqin (orang yang bertaqwa) ada disebutkan di dalam Al-Quran dalam surah Ali-Imran ayat 133-134 yang bermaksud,
"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan daripada Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang2 yang bertaqwa. Iaitu orang yang berinfaq baik di waktu lapang atau sempit, orang2 yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan ALLAH mencintai orang yang berbuat kebaikan."
kalau ditenung ayat ini, semua ciri2 yang disebutkan adalah amalan2 di dalam bulan mulia ini. seperti berinfaq. antara contoh infaq ialah zakat fitrah yang wajib kepada semua umat islam. selain itu, infaq boleh jadi dalam bentuk sedeqah kepada fakir miskin dan anak yatim. tak payah pergi jauh, post makanan kat orang sebelah juga kita dianggap sedeqah.
Rasulullah s.a.w bersabda: "sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu." (HR Tirmizi dan Ahmad)
Teringat kenangan di matrik, saya dan sahabat2 selalu beriftar bersama di masjid. kadang2 di bilik sendiri dan kawan. maka kami selalu berebut nak saling membelanja. kalau tak bagi nanti merayu pula.."bagilah aku peluang dapat pahala ko.." gurau seorang sahabat. hehe..jangan buat untuk mendapatkan pahala..hati mesti ikhlas~~
Dalam bulan mulia ini, kita bukan sahaja menahan marah, malah menahan segala kehendak nafsu dan pancaindera kita. dan of coz lar kita menahan diri daripada makan minum dari terbit fajar hingga tenggelam matahari. daripada sifat menahan diri ini kita akan dididik dengan sifat sabar dan takkan mudah berputus asa.
Rasulullah saw bersabda: "Apabila bulan Ramadhan tiba, pintu syurga dibuka, sedangkan pintu2 neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu." (HR Bukhari dan Muslim)
saya terdengar hadis ini dalam tazkirah ramadhan di ikim.fm. saya ingat lagi ustaz itu mengatakan bahawa jika kita hendak lihat iman dan amal orang itu, kita lihat dalam bulan ramadhan kerana dalam bulan ini syaitan telah dirantai dan tidak akan menggodanya untuk melakukan dosa. jadi jika dia melakukannya ia adalah dorongan nafsunya sendiri.
sentap. istighfar panjang dan mengharapkan pengampunan daripada Yang Maha Pengampun. melihat diri sendiri. masih banyak khilaf yang dilakukan. masih kurang amalan sebagai bekalan. masih kurang taubat atas dosa2 yang dilakukan tanpa sedar. masih kurang usaha untuk meningkatkan iman. masih tidak mengamalkan deen yang sebenar. di mana puncanya wahai hati??
Ada yang gembira kerana fikir syaitan takkan mengganggunya beribadah dalam bulan yang diberkati ini. tapi sebenarnya jika difikirkan balik, mr. setan telah pun berdamping dengan kita selama 11 bulan yang lalu. dah puas dia memahatkan segala titik noda dalam hati ini. agaknya dia pun tak heran nak tinggalkan kita.
jadi siapakah yang sebenarnya dalang di sebalik kesalahan2 yang kita masih lakukan lewat ramadhan ini..kita lupa pada si rakan kongsi mr. setan iaitu inche Nafsu. dialah yang mempengaruhi kita untuk bermalas-malasan ketika orang lain sibuk beribadah, yang memujuk kita untuk membeli segala jenis lauk-pauk dan kuih-muih di bazar ramadhan. hmm..bazar ramadhan tuh beroperasi selama 30 hari..tak perlu lah sehari nak beli semua, esok nak beli apa pula. kes terkecuali untuk mereka yang nak buat rumah terbuka untuk iftar.
Antara cara untuk menewaskan inche Nafsu adalah dengan membaca dan menghayati surat-surat cinta daripada Yang Maha Penyayang. seperti yang tercatat pada ayat ke-185 surah Al-Baqarah,
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil)."
yeah, insyaALLAH boleh!!
semoga kita dapat terus bermujahadah dalam bulan maghfirah ini..dan tidak tergolong dalam golongan yang disebutkan oleh Rasulullah, berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. semoga ALLAH menerima puasa kita...
to be continue..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang yang beriman (QS 51:55)