Sabtu, 19 Mei 2012

Tren dan kehidupan

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Apa khabar iman sahabat..semoga sentiasa maintain dan bertambahbaik lagi.

Sahabat2 pernah naik tren atau keretaapi? Biasa? tak pernah? siapa yang tak pernah kena cer try test lar..seronok..(excited..biasalah orang jarang naik :D)
ok lar..sebenarnya saya nak share dengan sahabat-sahabat semua kisah saya menaiki tren baru-baru ini. saya menaiki tren dari ibu negara ke sebuah tempat di selangor bersama beberapa orang sahabat.

Ketika itu, waktu sudah hampir senja dan warga kota berpusu-pusu pulang setelah seharian membanting tulang di pejabat. kami pun turut berpusu-pusu memasuki tren dan sayalah yang terakhir masuk melalui salah satu pintu koc untuk wanita sahaja. 

sebagai orang terakhir masuk dan dalam keadaan yang sesak, tiada tempat duduk dan tempat berpaut, saya hanya berdiri berhampiran pintu. sebelah tangan memegang beg sendiri,sebelah lagi memegang beg sahabat saya yang berpaut pada tiang. Saya terasa ingin bersandar pada pintu sebaik ia ditutup tetapi tiba-tiba saya terlihat pintu itu terbuka dan saya terjatuh dari tren yang sedang bergerak laju itu.

"Tidaaak,"jerit saya dalam hati. Astaghfirullahal`azim wanauzubillah, saya menarik tangan dari pintu dan mengemaskan pegangan. tersenyum dan memandang sekeliling. sesekali badan terikut dengan rentak perjalanan tren yang bersimpang siur.

Kaca mata ini terus memperhatikan sekeliling. Dalam keadaan sesak begitu tiada perkara lain untuk dilihat selain orang sekeliling, sebelah kanan kiri dan depan. Sambil menyelam minum air, sambil memperhatikan, menganalisis tapi yang berhak menilai hanyalah ALLAH. kita hanya perlu bersangka baik dengan semua orang. Alhamdulillah kami dapat masuk ke koc wanita sahaja ini. Terjaga pandangan daripada memandang dan dipandang.

Berhampiran saya ada seorang mak cik yang mungkin dalam lingkungan 50-an sedang berdiri bersama seorang gadis yang lebih muda dari saya, mungkin anaknya. Saya dan sahabat-sahabat sangat kasihan melihat mak cik itu yang terpaksa berdiri dalam keadaan sesak begini. Terasa ingin menegur tapi tak pasti kenapa lidah ini berat untuk menyapa. Hanya senyuman yang sempat terukir.

Suatu ketika terdengar pengumuman untuk stesen seterusnya. Hati ini bermonolog. "rasanya takde orang nak turun kat situ, lagi ramai naik kod". SubhanaALLAH, ALLAHUAKBAR..seperti yang tergambar di fikiran. Saya yang berada berhampiran di pintu terus tertolak ke dalam semasa penumpang2 di stesen itu masuk ke dalam tren. Keadaan terus terhimpit dan saya tersepit di celah-celah manusia.

"Tolong..tak muat daa.." suara separuh merintih. Ada mata yang memandang. Biarlah. Tak kesian ke kat mak cik tuh dan orang lain..patah tangan orang pun boleh dalam keadaan berpusu-pusu begitu. Seolah-olah ada demostrasi orang-orang berhimpit-himpit tanpa fikirkan keadaan orang lain. Indualistik. Peristiwa macam itu berlaku setiap hari ke? saya pun tak pasti kerana saya tidak menetap di kota besar. Bandar saya pun bukan ada keretaapi..hmm..

Saya memandang mak cik. masih lagi kuat berdiri di samping anaknya. Saya perasan ketika sesi berpusu-pusu dan tolak menolak itu, gadis itu menjadikan dirinya seolah-olah benteng untuk ibunya. Waa..sangat terharu. Mak cik itu menjadi inspirasi saya untuk terus kuat ketika itu. Sedangkan mak cik dah tua boleh berdiri, saya yang muda nie seganlar kalau tak boleh nak berdiri lama. (hee) 

Perjalanan yang lebih setengah jam masih berbaki beberapa stesen lagi. Tangan sudah mula merah, kaki dan lutut rasa macam nak tercabut berdiri tak dapat duduk dari tadi. Ya, inilah cubaan dan rintangan dalam menempuh jalan menuju keredahaanNYA. ALLAH menciptakan manusia untuk bersusah payah seperti firmanNYA dalam surah al-Balad 90: 4,
"Sungguh, Kami telah menciptakan manusia berada dalam keadaan susah payah".

Sedangkan Rasulullah yang kita cintai dan para sahabat, para ulama salaf dan kontemporari turut menghadapi jerih perih dalam menyampaikan misi dakwah ke seluruh dunia. Walaubagaimana perit sakit terasa namun semua diketepikan kerana yang diharapkan hanya keredhaan ALLAH dan melihat Islam itu berkembang mekar. Para mujahid yang syahid rela menghadapi sakit yang paling sakit iaitu mati untuk Islam. Muhasabah diri terlalu kecil mujahadahku untuk deen yang dicintai ini. 

"It is the jouney, not the destination." ALLAH tidak menilai apakah kita sampai atau tidak kepada destinasi kejayaan hakiki yang kita dambakan tetapi ALLAH memandang jalan dan kesungguhan usaha kita untuk mencapainya. Selangkah kita menuju ALLAH, seribu langkah ALLAH mendekati kita.

Perjalanan musafir saya sebenarnya baru bermula walaupun tren itu semakin menghampiri destinasi yang dituju. Mak cik sumber inspirasi sudah lama turun dan saya juga sudah mendapat tempat tempat duduk. Masih memandang sekeliling, bukan kosong tetapi mengaktifkan neuron2 supaya dapat mencongak langkah demi langkah untuk transformasi diri dan insan2 tersayang. Umpama tren, landasan telah dibina, yang tinggal hanya untuk memecut dengan kelajuan tinggi, dengan kuasa elektrik bersama teman-teman. Planning dan jadual perlu disediakan supaya segala langkah tersusun dan sistematik.

Kerana Sayidina Ali r.a telah berkata:"Kebatilan yang tersusun dapat mengalahkan kebajikan yang tidak tersusun." Tak kiralah naik apa pun selepas ini, insyaALLAH sama-sama ambil ibrah(pengajaran) supaya dapat digunakan untuk kemudian hari. Hati-hati di jalan raya..^^,



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang yang beriman (QS 51:55)