Suatu
ketika, saya dalam perjalanan pulang dari bermusafir di Selangor,
kafilah saya telah berhenti rehat di sebuah perhentian yang ada
jejantas. Sedang memakai kasut dan ingin keluar dari surau, saya
ditegur oleh seorang kakak.
Setelah
berta`aruf, kakak itu bertanya kepada saya.
“adik
ada join usrah?”
waa,
tak pernah orang tak dikenali tanya gitu, agak tersentap. Mujur ada
jawapan.
“alhamdulillah,
ada kak. Kenapa?”
“Owhh..baguslah,
kat u pun nanti join jugak. Jangan tinggalkan usrah” uhh, touching
plak saya dengan akak nie. Tak pernah orang selain murabbiyah dan
usrahmates saya ingatkan macam nie.
“Kat
u nanti banyak cabaran..hebat..so, kita kena ada bekal” kakak
menyambung lagi. Saya hanya mengangguk. 'kat matrik pun dasyat
cabarannya kak' monolog saya menambah. Kami terus bersembang tentang
keadaan di matrik, u dan usrah.
Tiba2
datang seorang mak cik yang merupakan mak ukhti itu. Saya pun meminta
diri. Sebelum berpisah sekali lagi kakak berpesan,
“jangan
tinggalkan usrah yea dik”
“insyaALLAH,
kak” saya dan kakak tersenyum. Sambil melangkah saya terus berfikir
apa yang telah kami perkatakan.
“astaghfirullah,
lupa nak minta no akak tuh..da lar tak ingat nama..huhu”
moral
of the story:
1)sentiasa
rindukan majlis ilmu..ubat hati~
2)jangan
tinggalkan usrah!
3)sebagaimana
kita rindukan usrah, mad'u kita pasti rindukan juga, jadi walaupun
jasad yang terpisah ikatan hati masih perlu dikukuhkan.
Sedikit
cerita musafir saya di Selangor..dalam lawatan sebuah jawatankuasa
berkaitan usrah di matrik saya: kami telah bermalam di Kolej
Matrikulasi Selangor. Alhamdulillah dapat melihat keindahan sebuah
institusi pendidikan yang sama seperti kami dan berukhuwah dengan
sahabat2 seperjuangan yang baik di sana.
Kami
juga melawat sebuah tempat penghasilan Al-Quran Mushaf Malaysia iaitu
Yayasan
Restu yang
beroperasi
di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Shah Alam. Menariknya di sini
pengunjung dihidangkan dengan sejarah tentang Al-Quran serta pameran
pelbagai jenis khat. Terkenang saya semasa belajar khat di sekolah
dahulu. Tetapi yang paling mengharukan saya ialah pameran replika
rumah kekasih ALLAH, Nabi Muhammad s.a.w. SubhanALLAH.. begitu
keadaan rumah baginda, sangat jauhlah beza dengan rumah kita yang
dihiasi segala kemewahan ini. Rumah yang kecil itu memuatkan bilik
baginda yang hanya ada sehelai tikar untuk tidur, serta bilik
sayidatina Aisyah r.a dan beberapa ruangan yang kecil. Ada sahabat2
saya yang tergenang air mata semasa melihat rumah itu. Di Yayasan
Restu juga, terdapat beberapa kedai yang menjual cendermata kepada
pelawat2.
Setelah
itu, kami melawat Muzium Kesenian Islam Malaysia yang terletak
berhampiran dengan Masjid Negara. Di situ kami dapat menghayati
keunikan kesenian Islam melalui pameran barangan yang digabungkan
dengan pelbagai tamadun dunia. Terdapat juga replika pelbagai masjid
utama seluruh dunia yang pastinya terhias indah dengan ciri2 kesenian
Islam yang mengagumkan.
Alhamdulillah,
saya bersyukur kerana dapat mengikuti lawatan ini dan menimba banyak
ilmu daripdanya. InsyaALLAH ilmu itu dapat dikongsikan supaya
lebih ramai lagi umat ini yang mengenali deen ini, bukan sekadar
mengamalkan tuntutan syarie sahaja..Indahnya Islam (^^,)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang yang beriman (QS 51:55)