Jumaat, 25 Mei 2012

...tak tahu nak jawab apa..


Haikal, kenapa awak tak siapkan kerja yang saya bagi minggu lepas?” Puan Hanisah menengking pelajar yang berdiri di hadapannya. Kecewa.Haikal baginya pelajar pintar dan tidak pernah membuat perangai seperti ini.
Haikal, awak buat apa sampai tak siapkan kerja tuh? jawablar” Haikal masih seperti tadi dan menunduk ke lantai.
~~~~~~~~~

Adik, kenapa tadi adik tak nak dengar cakap ibu, ibu kan sayang kat adik. Sejak bila adik Yong ni pandai melawan cakap..” soal Fyrah lembut. Adiknya yang telah meningkat remaja Suraya, hanya membisu. Dari anak matanya terpancar kekesalan.

~~~~~~~~~~
Akhi, mutabaah anta tak lulus ni. Qiam dengan tilawah anta tak cukup seperti yang kita tetapkan minggu ni. Selalu anta boleh lulus. Boleh anta bagi ana sebabnya?” Zaid terkesima dengan soalan murabbinya itu. Soalan yang tegas dalam nada toleransi itu sudah diduga namun dia buntu mencari jawapan. Syaitan membantunya mencipta pelbagai
alasan namun dia menepis. Dia tahu itu kesilapannya sendiri.
Ana tak tahu nak jawab apa. Maafkan ana...”hanya itu yang mampu terluah.
~~~~~~~~~


3 situasi berbeza namun pointnya sama. Manusia disoal tentang perbuatan yang dilakukannya tetapi tidak mampu memberikan reason(sebab) atau alasan yang jelas kenapa dia berbuat sedemikian apatah lagi perbuatannya adalah salah sama ada pada pandangan manusia atau pandangan ALLAH. Situasi tidaklah terhad kepada skop yang tergambar melalui situasi di atas tetapi terlalu luas meliputi seluruh hidup.


Pasti ada juga di kalangan sahabat-sahabat yang keliru atau tertanya-tanya kenapa 3 insan di atas tidak menjawab soalan yang diajukan. Sedangkan soalannya senang sahaja, dan boleh dijawab dengan 1001 alasan. Ada sahabat yang sudah tahu kenapa? Seperti yang diceritakan, mereka ini seperti kebanyakan orang baik, jarang melakukan perkara yang bercanggah dengan fitrah, manusia yang sukakan kebaikan.

Jadi, apakah kaitannya? Hmm.. manusia yang menghadapi situasi seperti ini(perang dalam diri meletus antara KEBAIKAN dan KEJAHATAN, antara IMAN dan NAFSU) akan merasa tertekan dan resah gelisah kerana dia bukan sahaja menentang ALLAH melalui dosa yang dilakukan malah menentang fitrah yang tertanam dalam dirinya.

Mungkin contoh situasi tidak terlalu radikal namun cukuplah untuk membayangkan penderitaan jiwa terutama yang dihambat kekesalan akibat terlalu terpesona dengan keindahan dunia. Tak siap homework sebab khusyuk main game, lawan cakap ibu sebab rasa diri dah besar dan tak tahan dengar ibu membebel, atau tak lulus mutabaah sebab terlalu busy study, program2 yang tak bermanfaat atau melayan peminat di laman sosial.

Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu kehidupan sebenarnya sekiranya mereka mengetahui.” (surah Al-Ankabut 29:64)

Adakah engkau nampak orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya?” (surah al-Furqan 25:43)

Uuuh, saya sama sekali tidak ingin menyumbat cabai(bahasa kampungnya cili) yang pedas ke dalam mulut siapa2 kerana saya sendiri terasa pahit menelan panadol jika memikirkan topik ini. Mengenangkan akhirat yang akan sama-sama akan kita tempuhi selepas ini saya ingin bertanya lagi, kepada diri sendiri dan sahabat2..

Apakah persediaan kita untuk menghadapi akhirat?”
Apakah bekal yang akan kita bawa sepanjang musafir kita menuju destinasi akhirat yang pasti itu?”. ALLAH telah menyediakan jawapan untuk kita hambaNYA melalui firmanNYA:

Dan berbekallah, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa.” (surah al-Baqarah 2:197)

Orite, soalan tuh boleh kira settled. Dapat jawapan cuma tinggal nak praktikkan mulai sekarang. Usaha lar sampai separuh mati pun mencari takwa sebagai bekalan untuk bertemu dengan Pencipta kita. Easier said than done, but we must try very very hard..huh

Bertaqwalah kamu kepada ALLAH, dan ketahuilah ALLAH Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (surah Al-Baqarah 2:233)

Tapi ada lagi persoalan yang menerawang dalam minda ini. Yang bisa membuatkan pemikir merenung jauh menembusi mihrab masjid Al-Maghfirah KMPK sampai ke bangunan pentadbiran (ceyh..==')

Rasulullah SAW telah bersabda:Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba (ke syurga atau neraka) pada hari akhirat nanti sehinggalah:
  1. Ditanya tentang umurnya: Kemana dihabiskan?
  2. Ditanya tentang ilmunya: Apakah yang diamalkan?
  3. Ditanya tentang hartanya: Bagaimanakah cara memperoleh dan membelanjakannya?
  4. Ditanya tentang kesihatan tubuh badannya: Apakah yang dilakukan dalam kehidupan.” (Riwayat al-Tirmizi)

Hadis ini telah disampaikan dalam sebuah majlis ilmu bertajuk “Soalan Bocor” semasa saya di matrik dahulu yang sama tajuk dengan sebuah artikel yang membahaskan hadis ini dalam majalah Solusi isu 43. Bagi saya tazkirah itu benar-benar membuatkan pendengarnya insaf kerana memikirkan apakah jawapan yang hendak diberi ketika di hadapan ALLAH nanti.
Kalau nak jawab essay questions Biology ke Chemistry ke soalan science computer ke boleh 'goreng' lagi. Tak pun soalan cikgu ke, kakak abang ke, murabbi ke, boleh pusing2 lagi. Tapi saat itu??mulut kita pun ditutup..subhanaALLAH..

Pada hari ini, Kami tutup mulut-mulut mereka dan tangan-tangan mereka akan bercakap (mengakui segala amalan yang dilakukan di dunia) serta kaki-kaki menjadi saksi atas apa yang mereka lakukan.” (Surah Yaasin 36:65)

Tiada lagi alasan. Anggota badan menjawab dengan sebenar-benarnya. Semua amalan kita akan tersingkap sama ada baik atau sebaliknya.

Sama-samalah kita fikirkan. Bukan sekadar renungan yang menembusi skrin tetapi mesti disusuli dengan niat dan keinginan untuk berbuat. Ingat, ALLAH itu Maha Pengampun, Maha Penyayang. Beramallah selagi sempat beramal.

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh ALLAH beserta orang-orang yang berbuat baik.” (surah al-Ankabut 29:69)


~selamat menyambut dan menghadapi bulan Rejab, semoga ALLAH memberkati kita dalam bulan ini dan memberi peluang kepada kita untuk menikmati ibadah dalam bulan Sya'ban dan bulan yang amat dirindui Ramadhan al-Mubarak..(^_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang yang beriman (QS 51:55)