“Haikal,
kenapa awak tak siapkan kerja yang saya bagi minggu lepas?” Puan
Hanisah menengking pelajar yang berdiri di hadapannya. Kecewa.Haikal
baginya pelajar pintar dan tidak pernah membuat perangai seperti ini.
“Haikal,
awak buat apa sampai tak siapkan kerja tuh? jawablar” Haikal masih
seperti tadi dan menunduk ke lantai.
~~~~~~~~~
“Adik,
kenapa tadi adik tak nak dengar cakap ibu, ibu kan sayang kat adik.
Sejak bila adik Yong ni pandai melawan cakap..” soal Fyrah lembut.
Adiknya yang telah meningkat remaja Suraya, hanya membisu. Dari anak
matanya terpancar kekesalan.
~~~~~~~~~~
“Akhi,
mutabaah anta tak lulus ni. Qiam dengan tilawah anta tak cukup
seperti yang kita tetapkan minggu ni. Selalu anta boleh lulus. Boleh anta bagi ana sebabnya?” Zaid terkesima dengan soalan murabbinya itu.
Soalan yang tegas dalam nada toleransi itu sudah diduga namun dia
buntu mencari jawapan. Syaitan membantunya mencipta pelbagai
alasan
namun dia menepis. Dia tahu itu kesilapannya sendiri.
“Ana
tak tahu nak jawab apa. Maafkan ana...”hanya itu yang mampu
terluah.
~~~~~~~~~
3
situasi berbeza namun pointnya sama. Manusia disoal tentang
perbuatan yang dilakukannya tetapi tidak mampu memberikan
reason(sebab)
atau alasan yang jelas kenapa dia berbuat sedemikian apatah lagi
perbuatannya adalah salah sama ada pada pandangan manusia atau
pandangan ALLAH. Situasi tidaklah terhad kepada skop yang tergambar
melalui situasi di atas tetapi terlalu luas meliputi seluruh hidup.
Pasti
ada juga di kalangan sahabat-sahabat yang keliru atau tertanya-tanya
kenapa 3 insan di atas tidak menjawab soalan yang diajukan. Sedangkan
soalannya senang sahaja, dan boleh dijawab dengan 1001 alasan. Ada
sahabat yang sudah tahu kenapa? Seperti yang diceritakan, mereka ini
seperti kebanyakan orang baik, jarang melakukan perkara yang
bercanggah dengan fitrah, manusia yang sukakan kebaikan.
Jadi,
apakah kaitannya? Hmm.. manusia yang menghadapi situasi seperti
ini(perang dalam diri meletus antara KEBAIKAN dan KEJAHATAN, antara
IMAN dan NAFSU) akan merasa tertekan dan resah gelisah kerana dia
bukan sahaja menentang ALLAH melalui dosa yang dilakukan malah
menentang fitrah yang tertanam dalam dirinya.
Mungkin
contoh situasi tidak terlalu radikal namun cukuplah untuk
membayangkan penderitaan jiwa terutama yang dihambat kekesalan akibat
terlalu terpesona dengan keindahan dunia. Tak siap homework sebab
khusyuk main game, lawan cakap ibu sebab rasa diri dah besar dan tak
tahan dengar ibu membebel, atau tak lulus mutabaah sebab terlalu busy
study, program2 yang tak bermanfaat atau melayan peminat di laman
sosial.
“Dan
kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya
negeri akhirat itu kehidupan sebenarnya sekiranya mereka mengetahui.”
(surah Al-Ankabut 29:64)
“Adakah
engkau nampak orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya?
Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya?” (surah
al-Furqan 25:43)
Uuuh,
saya sama sekali tidak ingin menyumbat cabai(bahasa kampungnya cili) yang pedas ke dalam mulut siapa2 kerana saya sendiri terasa pahit menelan panadol jika memikirkan topik ini.
Mengenangkan akhirat yang akan sama-sama akan kita tempuhi selepas
ini saya ingin bertanya lagi, kepada diri sendiri dan sahabat2..
“Apakah
persediaan kita untuk menghadapi akhirat?”
“Apakah
bekal yang akan kita bawa sepanjang musafir kita menuju destinasi
akhirat yang pasti itu?”. ALLAH telah menyediakan jawapan untuk
kita hambaNYA melalui firmanNYA:
“Dan
berbekallah, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa.” (surah
al-Baqarah 2:197)
Orite,
soalan tuh boleh kira settled. Dapat jawapan cuma tinggal nak praktikkan
mulai sekarang. Usaha lar sampai separuh mati pun mencari takwa
sebagai bekalan untuk bertemu dengan Pencipta kita. Easier said than
done, but we must try very very hard..huh
“Bertaqwalah
kamu kepada ALLAH, dan ketahuilah ALLAH Maha Melihat apa yang kamu
kerjakan.” (surah Al-Baqarah 2:233)
Tapi
ada lagi persoalan yang menerawang dalam minda ini. Yang bisa
membuatkan pemikir merenung jauh menembusi mihrab masjid Al-Maghfirah
KMPK sampai ke bangunan pentadbiran (ceyh..==')
Rasulullah SAW telah bersabda:“Tidak
berganjak kedua-dua kaki seorang hamba (ke syurga atau neraka) pada
hari akhirat nanti sehinggalah:
- Ditanya tentang umurnya: Kemana dihabiskan?
- Ditanya tentang ilmunya: Apakah yang diamalkan?
- Ditanya tentang hartanya: Bagaimanakah cara memperoleh dan membelanjakannya?
- Ditanya tentang kesihatan tubuh badannya: Apakah yang dilakukan dalam kehidupan.” (Riwayat al-Tirmizi)
Hadis
ini telah disampaikan dalam sebuah majlis ilmu bertajuk “Soalan
Bocor” semasa saya di matrik dahulu yang sama tajuk dengan sebuah
artikel yang membahaskan hadis ini dalam majalah Solusi isu 43. Bagi
saya tazkirah itu benar-benar membuatkan pendengarnya insaf kerana
memikirkan apakah jawapan yang hendak diberi ketika di hadapan ALLAH
nanti.
Kalau
nak jawab essay questions Biology ke Chemistry ke soalan science
computer ke boleh 'goreng' lagi. Tak pun soalan cikgu ke, kakak abang
ke, murabbi ke, boleh pusing2 lagi. Tapi saat itu??mulut kita pun
ditutup..subhanaALLAH..
“Pada
hari ini, Kami tutup mulut-mulut mereka dan tangan-tangan mereka akan
bercakap (mengakui segala amalan yang dilakukan di dunia) serta
kaki-kaki menjadi saksi atas apa yang mereka lakukan.” (Surah
Yaasin 36:65)
Tiada
lagi alasan. Anggota badan menjawab dengan sebenar-benarnya. Semua
amalan kita akan tersingkap sama ada baik atau sebaliknya.
Sama-samalah
kita fikirkan. Bukan sekadar renungan yang menembusi skrin tetapi
mesti disusuli dengan niat dan keinginan untuk berbuat. Ingat, ALLAH
itu Maha Pengampun, Maha Penyayang. Beramallah selagi sempat beramal.
“Dan
orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan
tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh ALLAH beserta
orang-orang yang berbuat baik.” (surah al-Ankabut 29:69)
~selamat
menyambut dan menghadapi bulan Rejab, semoga ALLAH memberkati kita
dalam bulan ini dan memberi peluang kepada kita untuk menikmati ibadah dalam
bulan Sya'ban dan bulan yang amat dirindui Ramadhan al-Mubarak..(^_^)