Isnin, 16 Mei 2011

~~Selamat Hari Guru~~

Pernah langkah ku payah
Menuju  ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat


Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti


Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku 
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan


Ohoo.. aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku


Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini


Tidak dapat dinafikan pengaruh guru sangat mendalam dalam hidup seseorang. Gurulah yang mengajarkan ilmu, yang mendidik akhlak mulia juga menjadi pengganti ibu bapa ketika di sekolah. Sepanjang bergelar pelajar selama itulah  menagih budi daripada guru. Sedari tadika, sekolah rendah sehingga sekolah menengah tentu sudah banyak cikgu yang pening melayan seorang pelajar macam orang yang menaip ni. Terima kasih cikgu. Saya tidak tahu bagaimana dapat membalas jasa-jasamu. Doakanlah kejayaan saya supaya dapat saya hadiahkan kejayaan ini untukmu. Tidak lupa juga kepada ibu yang merupakan guru pertama saya. Janjiku akan berusaha bersunggu-sungguh menuntut ilmu supaya dapat ku tunaikan impianmu.
~~Selepas ini jumpa pensyarah pula..hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang yang beriman (QS 51:55)