Ahad, 22 Mei 2011

Petua mendapat banyak ilmu dan berkat

(ditype semula daripada majalah solusi isu 30)


~Perkara paling asas yang perlu kita miliki ialah sebelum, semasa dan selepas menuntut ilmu ialah niat yang ikhlas. Niat tersebut perlulah:
1.Ilmu dituntut kerana ALLAH bukan kerana duniawi.
2.Niat belajar untuk mengeluarkan diri daripada kelompok manusia yang jahil.
3.Niatkan untuk menyebarkan ilmu yang ada itu dan memanfaatkannya dengan membantu masyarakat.
~Jauhi maksiat yang menggelapkan hati
~Tuntutlah ilmu di mana pun kita berada. Ilmu tidak terhad di dalam kelas dan perpustakaan malah boleh ditimba di rumah, pejabat, masjid, seminar dan sebagainya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Hikmah (ilmu) itu umpama barang orang Mukmin yang hilang, dimana sahaja kamu menjumpainya, ambillah ia." (Riwayat al-Tirmizi)
~Ibn Abbas ditanya: "Bagaimana kamu memperolehi ilmu yang banyak?" Maka beliau menjawab, "Dengan banyak bertanya." Manakala Imam Abu Hanifah pula menjadi alim kerana banyak berbincang dan berdebat.
~Sekiranya seseorang terpaksa bekerja semasa menunutut ilmu, itu tidak menjadi masalah. Hendaklah dia sentiasa mengulang kaji pelajarannya dan jangan malas. Ini kerana kemiskinan dan kefakiran seseorang bukan penghalang untuk menjadi alim.
~Sentiasa bersyukur kerana lisannya dan seluruh anggota badannya dan meyakini bahawa segala ilmu itu adalah anugerah daripada ALLAH.
~Sentiasa memohon hidayah daripada ALLAH dengan berdoa. Mohonlah juga moga ALLAH tambah ilmu kita dan terangkan hati untuk menerima ilmu yang baru dan memahaminya.
~Sentiasa memohon perlindungan kepada ALLAH daripada sifat bakhil termasuklah bakhil ilmu. Oleh sebab itu, ilmu perlu disebarkan supaya boleh dimanfaatkan.
~Berusaha untuk zuhud supaya tidak tamak kepada harta.
~Tentukan masa mengulangkaji. Belajarlah secara konsisten setiap hari walaupun tidak lama (istiqamah).
~Elakkan bosan dalam belajar. Anggaplah belajar itu menyeronokkan dan santapan paling enak untuk minda. Sentiasalah merasa ketagih menuntut ilmu untuk menghambat perasaan bosan dan malas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang yang beriman (QS 51:55)