Ahad, 22 Mei 2011

Petua mendapat banyak ilmu dan berkat

(ditype semula daripada majalah solusi isu 30)


~Perkara paling asas yang perlu kita miliki ialah sebelum, semasa dan selepas menuntut ilmu ialah niat yang ikhlas. Niat tersebut perlulah:
1.Ilmu dituntut kerana ALLAH bukan kerana duniawi.
2.Niat belajar untuk mengeluarkan diri daripada kelompok manusia yang jahil.
3.Niatkan untuk menyebarkan ilmu yang ada itu dan memanfaatkannya dengan membantu masyarakat.
~Jauhi maksiat yang menggelapkan hati
~Tuntutlah ilmu di mana pun kita berada. Ilmu tidak terhad di dalam kelas dan perpustakaan malah boleh ditimba di rumah, pejabat, masjid, seminar dan sebagainya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Hikmah (ilmu) itu umpama barang orang Mukmin yang hilang, dimana sahaja kamu menjumpainya, ambillah ia." (Riwayat al-Tirmizi)
~Ibn Abbas ditanya: "Bagaimana kamu memperolehi ilmu yang banyak?" Maka beliau menjawab, "Dengan banyak bertanya." Manakala Imam Abu Hanifah pula menjadi alim kerana banyak berbincang dan berdebat.
~Sekiranya seseorang terpaksa bekerja semasa menunutut ilmu, itu tidak menjadi masalah. Hendaklah dia sentiasa mengulang kaji pelajarannya dan jangan malas. Ini kerana kemiskinan dan kefakiran seseorang bukan penghalang untuk menjadi alim.
~Sentiasa bersyukur kerana lisannya dan seluruh anggota badannya dan meyakini bahawa segala ilmu itu adalah anugerah daripada ALLAH.
~Sentiasa memohon hidayah daripada ALLAH dengan berdoa. Mohonlah juga moga ALLAH tambah ilmu kita dan terangkan hati untuk menerima ilmu yang baru dan memahaminya.
~Sentiasa memohon perlindungan kepada ALLAH daripada sifat bakhil termasuklah bakhil ilmu. Oleh sebab itu, ilmu perlu disebarkan supaya boleh dimanfaatkan.
~Berusaha untuk zuhud supaya tidak tamak kepada harta.
~Tentukan masa mengulangkaji. Belajarlah secara konsisten setiap hari walaupun tidak lama (istiqamah).
~Elakkan bosan dalam belajar. Anggaplah belajar itu menyeronokkan dan santapan paling enak untuk minda. Sentiasalah merasa ketagih menuntut ilmu untuk menghambat perasaan bosan dan malas.

wahai hati


wahai hati
jika ada sesiapa yang meminta cintamu
katakan cintamu hanya untuk ILAHI
jika ada sesiapa yang menagih rindumu 
katakan rindumu hanya pada Rasulullah
jika ada yang mengharapkan kasihmu
katakan kasihmu hanya untuk ibu bapa
dan jika ada yang mendambakan keikhlasanmu 
maka berikanlah keikhlasanmu pada yang benar-benar menghargainya
Ya ALLAH
jika ditaqdirkan aku jatuh cinta
titipkanlah cintaku itu kepada insan yang mencintaiMU
supaya bertambah kecintaanku kepadaMU



Khamis, 19 Mei 2011

Cara menegur yang labih dewasa daripada cucu Rasulullah

Suatu waktu, Hasan dan Husin ternampak seorang lelaki dewasa mengambil wuduk dengan cara yang salah. Kedua-duanya tidak berani menegur lelaki tersebut kerana mereka masih kanak-kanak. Hasan lebih tua setahun daripada Husin. namun kedua-duanya amat disayangi oleh Rasulullah SAW. Ketika mereka kecil, Nabi kerap meletakkan mereka di kedua-dua bahu baginda ketika berjalan dan mengunjungi para sahabat. Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang mencintai keduanya (Hasan dan Husin), bererti dia mencintai aku, sesiapa yang membenci keduanya maka dia membenciku."
Hasan berbisik kepada Husin. Mereka membuat rancangan untuk menyedarkan lelaki tadi. Dua kana-kanak itu kemudiannya berpura-pura tidak tahu mengambil wuduk. "Pak cik, bolehkah pak cik menghakimi siapakah di antara kami yang paling betul mengambil wuduk?" tanya mereka. Lelaki itu bersetuju untuk menjadi hakim. Hasan dan Husin mengambil peluang itu untuk menunjukkan cara berwuduk seperti yang diajarkan oleh datuk mereka, Rasulullah SAW.
Setelah Hasan dan husin selesai berwuduk, tahulah lelaki itu bahawa dia telah silap. "Aku mengucapkan terima kasih pada kalian. Hari ini aku telah belajar cara wuduk yang betul daripada kalian walaupun kalian masih kanak-kanak," kata si lelaki itu merendah diri. Hasan dan Husin tersenyum lalu meminta diri. Sejak kejadian itu, si lelaki mengambil wuduk dengan cara yang betul seperti yang ditunjukkan oleh Hasan dan Husin.



Andai ia bisa berbicara

Andai ia bisa berbicara
Andai ia bisa berkata-kata
"zaman kecilmu aku kau dampingi
aku dipeluk dikucup dengan rasa cinta
kasihmu suci junjungku tinggi
meningkat usia aku dijaga setia
dibalut sutera disimpan di para
dengan cahaya wuduk kau menyentuhku
hiasiku dengan merdu lunak suaramu
Namun kini aku sendiri
sepi menanti hadirnya jauhari
tubuh dilitupi hama
lusuh gambarkan kecewa
di mana engkau wahai pencinta
di mana engkau merdu suara
jangan tinggalkan aku di sini
kerana aku ingin menjadi pembelamu
kerana aku ingin jadi hujahmu
yang menjawab pertanyaan daripada Penciptamu
tapi aku sedar aku tak diperlukan lagi
kau biarkan aku bersemadi di sini
menanti saat lenyapku dari bumi


Isnin, 16 Mei 2011

~~Selamat Hari Guru~~

Pernah langkah ku payah
Menuju  ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat


Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti


Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku 
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan


Ohoo.. aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku


Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini


Tidak dapat dinafikan pengaruh guru sangat mendalam dalam hidup seseorang. Gurulah yang mengajarkan ilmu, yang mendidik akhlak mulia juga menjadi pengganti ibu bapa ketika di sekolah. Sepanjang bergelar pelajar selama itulah  menagih budi daripada guru. Sedari tadika, sekolah rendah sehingga sekolah menengah tentu sudah banyak cikgu yang pening melayan seorang pelajar macam orang yang menaip ni. Terima kasih cikgu. Saya tidak tahu bagaimana dapat membalas jasa-jasamu. Doakanlah kejayaan saya supaya dapat saya hadiahkan kejayaan ini untukmu. Tidak lupa juga kepada ibu yang merupakan guru pertama saya. Janjiku akan berusaha bersunggu-sungguh menuntut ilmu supaya dapat ku tunaikan impianmu.
~~Selepas ini jumpa pensyarah pula..hehehe...

Khamis, 12 Mei 2011

Tika itu,..

Beberapa bulan berlalu namun rindu masih lagi bertaut. Saban hari kesepian merajai hati. Memori-memori indah masih lagi ditayangkan di layar minda. Atau mungkin semakin berkurangan dek kesibukan melayan kerenah adik-adik. Apakah aku tidak bersyukur dengan nikmat masa lapangku ini Ya ALLAH. Aku masih dihambat kerinduan pada teman-teman yang sama-sama mengharungi kembara alam persekolahan. Kelasku, masjid, dewan makan, asrama, segala-galanya seolah-olah memanggilku ke sana. Sedangkan ketika aku terjelepok di bumi itu aku menangis merayu mahu pulang ke rumah. Mujur ada teman-teman yang mewarnai tiap detikku di sana yang akhirnya menghadiahkan memori tidak ternilai untuk ku kenang bersama senyum dalam air mata.
Oh teman-teman, sehingga kini aku masih belum mampu mendengar nasyid-nasyid persahabatan yang menjadi siulan kita dahulu. Jika telinga ini tertancap melodi itu pasti mataku yang pantas merespond sebelum aku mengalihkan perhatianku pada segala yang ku hadapi saat itu. Foto-foto yang merakam saat manis kita ada sebagiannya tak dapat ku tatap dek tidak mahu rasa sebak bertandang di sanubari..Apakah ini adalah ujian yang KAU berikan padaku? 
Saat ini aku masih mencari di mana rasionalnya untuk aku terus melayani kerenah sang perindu masa silam yang pasti takkan berulang. Aku sepatutunya merencana langkah seterusnya untuk mendepani fasa kehidupanku pada masa akan datang. Perjalanan masih jauh dan ku jadikan hikmah ujianNYA sebagai pedoman. Aku hanya mampu berdoa moga ALLAH menitipkan insan-insan istimewa seperti kalian sahabatku yang dapat menemaniku berkelana di suasana baru nanti. Dan juga buat kalian kesihatan serta hidup yang diberkatiNYA kerana kalian sudah dianggap seperti saudaraku, sahabat di dunia dan akhirat. Sesungguhnya kita bertemu kerana ALLAH dan kita juga berpisah keranaNYA. InsyaALLAH.

Bait-bait di atas sudah lama dicoretkan tetapi hanya sekarang mampu ku luahkan. Kini aku semakin menerima hakikat dan sudah mampu untuk berlayar sendirian...hayati lirik yang menjadi lambang ukhuwah kita sahabatku..


Dan di ketika itu kita
Membina segunung harapan
Terbina indah mimpiku

Terpatri sebuah ikatan
Hadapi segala rintangan
Indahnya sinar bercahaya

Dan tiba saat berbicara
Akan tekad yang di jiwa
Berpisah mengejar cita
Yang diimpi sekian lama

Kan ku abadi saat gemilang
Suka duka manisnya kenangan
Bersemadi di ingatan
Mogakan kekal sepanjang zaman

Hanya kuharapkan ketenangan
Melayari hidup sendirian
Dalam mengejar impian
Moga tetap dirahmati Tuhan

Ku kan tetap bersama menuju impian dan cita
Ke puncak kegemilangan yang tiada tara
Saat waktu kita terpisah pasti bersua akhirnya
Kita kan tetap bersama dalam mengejar cita

~Gambar nie macam tak cukup jep,,xpe2 gmbar2 kome dah banyak dlm nieh,,carilar..hehe~

Rabu, 11 Mei 2011

"Mungkin ini yang ALLAH tentukan untukku.."

"ALLAH nak uji,"bisik hatiku memujuk walhal air mata dah bertakung. Aku menangkis segala bisikan-bisikan yang cuba membangkitkan rasa tidak syukur dengan taqdir yang ditentukan untukku ini.
"ALLAH tahu yang terbaik untukku, Ya ALLAH aku redha,"bisik hati lagi saat aku membaca untuk ke berapa kalinya pernyataan yang tertera di skrin.
"takpelar..matrik kan ada,,along pergi matrik lar yea,"ibu memujuk anak sulung yang menjadi harapan keluarga ini. Aku tahu betapa remuk redam hati ibu ayah menghadapi kenyataan itu walaupun mereka tak zahirkn. bagaimana hendak jawab apabila orang bertanya, "Anak dapat u mana??"
"tak dapat mana2..",skema jawapan dalam hati.
Tetapi rupa-rupanya apa yang aku fikir jauh meleset. Ramai yang kagum kerana aku berjaya mendapat matrikulasi lagi2 bila aku dapat dekat (Perak jer). Tak kurang juga yang memberi galakan untuk menaikkan semangat yang dah ke mana tah. 
Semangat dah datang balik. Lagi-lagi bila tahu ada kawan2 yang akan menemani.Jalan-jalan di blog orang yang berpengalaman menjadi pelajar matrikulasi. Aish, takut juga bila baca tapi belum cuba belum tahu kan. Yang penting kena pandai uruskan masa dan belajar bersungguh-sungguh. Itu yang ibu dengan ayah selalu ulang dari dulu.
Jadi, segala persediaan disusun termasuklah mental dan fizikal. Doa dan tawakkal setiap masa moga dikuatkan iman supaya dapat menempuhi dugaan mendatang. 
Mungkin ini yang ALLAH tentukan untukku. Orang lain, lain pula rezekinya, lain pula dugaannya. Teringat kata-kata seorang guru, "Benih yang baik ditanam jadi pokok yang subur, dicampak ke laut jadi pulau.."

Sabtu, 7 Mei 2011

Warh...besarnye menguap!!


Nak menguap pun ada adabnya yer..Islam dah ajar semua..


Adab menguap...

Tahan menguap sekadar termampu
Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW telah bersabda: "Sesungguhnya ALLAH Taala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap muslim yang mendengarnya mengucapkan 'Yarhamukallah'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah kamu menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya."

Letak tangan di atas mulut
Diriwayatkan Muslim daripada Abu Said al-Khudri r.a, Rasulullah SAW telah bersabda: " Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka)."

Makruh mengangkat suara
Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan at-Tirmizi, Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya ALLAH suka pada orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu."
Ibnu As-Sunni pula meriwayatkan daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya ALLAH Azzawajalla membenci orang yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin."

Kalau dah mata berair, mulut menguap baca doa tidur siap2 lar..selamat malam..mimpi yang indah!!

Jumaat, 6 Mei 2011

Tanggungjawab kepada Ibu Bapa tersayang..^^

Sebuah pepatah Arab menyebut, keredhaan ALLAH terletak kepada keredhaan ibu bapa. Hal ini menunjukkan betapa tinggi kedudukan ibu bapa di sisi ALLAH. Siapa tak tahu ibu bapalah yang menjaga kita sedari dalam kandungan, memberi segala keperluan, dari makan minum, pakaian sehinggalah keselamatan dan kasih sayang yang tidak terhingga. Segalanya 
memerlukan pengorbanan yang besar sehingga tak mampu kita membalasnya.

Ibu bapa tak minta banyak pun daripada kita. Tak minta pun kita membalas jasa-jasa mereka yang terlalu banyak sebab mereka terlalu sayangkan kita. Kita saja yang tak nampak semua itu. Justeru, sebagai anak kita sewajarnya menjalankan tanggungjawab kita kepada mereka supaya kita tidak tergolong dalam anak-anak derhaka yang telah dijanjikan dengan azab yang pedih daripada ALLAH SWT.
1. Merendah diri dan hormati ibu bapa
Menderhaka kepada ibu bapa merupakan dosa besar. Apabila anak tidak mendapat keredhaan ibu bapa, maka ALLAH tidak akan meredhainya dan ibadatnya tidak akan diterima oleh ALLAH. Justeru kita seharusnya merendah diri, bercakap dengan sopan santun dengan mereka. Jangan sesekali membantah dan mengherdik kerana ia sangat ditegah ALLAH SWT.
Jika seorang anak dipanggil oleh ibu atau bapa, dia perlu menjawab panggilan dan tidak boelh bersikap acuh tak acuh terhadap suruhan ibu bapanya. Dalam Al-Quran telah menerangkan bahawa anak-anak wajib merendah diri terhadap ibu bapa sebagi bukti kasih sayang seorang anak kepada ibu bapanya.
"Dan rendahkanlah dirimu terhadap kedua orang tua dengan rasa kasih sayang." (al-Isra':24)

2. Berbakti kepada Mereka Setiap Masa
Gembirakanlah hati ibu bapa dengan membantu mereka membuat kerja rumah di samping melayan mereka dengan penuh kasih sayang. Bersedia memberi apa jua bantuan yang diperlukan. Apabila mereka sudah lanjut usia (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan dan selalu menziarahi mereka kerana ini boleh menghiburkan hati mereka.
3. Taat dan Patuh pada Suruhan
Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan dan ajaran ibu bapa selagi ia tidak bertentangan dengan syariat. Seperti yang telah diperintahkan ALLAH SWT supaya beribadat kepadaNYA dan mentaati ibu bapa.
ALLAH SWT berfirman: "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung segala kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKU dan kepada kedua ibu bapaMU; dan ingatlah kepada AKU jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Luqman: 14)
4. Doakan Ibu Bapa
Sebagai anak yang soleh kita hendaklah mendoakan kesejahteraan dan keampunan untuk kedua orang tua kita sama ada yang masih hidup atau yang telah tiada. Kita juga digalakkan untuk menjadikan ucapan salam dan minta maaf sebagai pelengkap semasa bertemu dan berpisah dengan mereka. Lebih baik lagi hadiahkan sebuah ciuman dan pelukan sebagai tanda kasih kita. (teringat zaman tinggal di asrama sekolah menengah dulu, kalau tak dapat peluk dan cium ibu ayah rasa macam tak boleh nak tidur, hehe). Jangan dengan kawan-kawan saja kita beriya-riya peluk tapi dengan ibu bapa dan ahli keluarga tidak pernah. Peluklah dan kucuplah sebelum kita tidak sempat berbuat demikian atau hanya mampu buat kali terakhir.
Al-Quran telah menerangkan dengan jelas tanggungjawab seorang anak untuk mendoakan untuk ibu bapa mereka.
"Wahai Tuhan kami, ampunilah kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan segenap orang Mukmin pada hari tertegaknya perhitungan." (Ibrahim: 41)
Namun apabila ibu bapa telah meninggal dunia, anak hendaklah memperbanyakkan berdoa untuk keselamatan dan mendapat rahmat dari ALLAH, banyakkan sedekah dan membaca Al-Quran untuk dihadiahkan kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi ALLAH SWT.
5. Berbuat baik kepada rakan ibu bapa
Muliakan sahabat-sahabat ibu bapa kita. Jagalah hubungan silaturrahim sesama mereka walaupun mungkin pada suatu ketika nanti ibu bapa kita telah tiada. Dengan ini kita dapat menggembirakan hati ibu bapa yang melihat budi pekerti kita menghormati orang tua serta turut bersyukur kerana dapat mendidik anak mereka menjadi anak yang berperibadi mulia.

Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat Al-Quran serta hadis yang menekankan tanggungjawab kepada ibu bapa. Namun saya harap artikel ringkas ini (yang semua orang dah belajar zaman sekolah dulu) dapat mengetuk mana-mana hati supaya dapat menilai sejauh manakah kita sudah menunaikan hak kepada ibu bapa kita.
p.s: bagi saya setiap hari adalah hari ibu dan ayah saya..Along sayang ibu dan ayah!!!