Sewaktu
sesi usrah yang lepas saya telah diberikan ‘task’ untuk mem’bedah buku’. Kebetulan saya baru membeli
sebuah majalah kegemaran remaja masa kini iaitu Gen-Q, isu ketiga yang
bertajuk” Mengapa Doa Belum Dimakbulkan?”. Jadi, saya telah memilih majalah comel
itu sebagai mangsa saya.Setelah segala tugasan seorang pelajar kolej
matrikulasi diselesaikan, saya mencapai alatan bedah yang diperlukan iaitu
pensil dan buku nota.
Sehelai
demi helai diselak. Sementelahan tajuknya tentang doa, kebanyakan artikel yang
disajikan adalah berkenaan dengan doa. Selain itu terdapat juga artikel tentang
solat dan malu. Sebelum saya terlupa, antara kolumnis dalam majalah ini ialah Ustaz
Dr Zahazan Mohamed, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, Dr Farhan Hadi, Ustazah Fatimah
Syarha serta ramai lagi ustaz dan ustazah hebat yang memantapkan pengisian yang
terkandung dalam majalah ini sebagai manual remaja bertaqwa.
Saya
tertarik kepada sebuah artikel autobiografi yang ditulis oleh Nurul Amirah
Abdul Rahim (lulusan UiTM) yang bertajuk “Malu Si Semalu”.
Pernah
lihat pokok semalu? Siapa yang tak pernah tengok memanglar nak kena dengan duri
pokok semalu. Alah..yang apabila kita sentuh ia menguncup. Lepas 5 minit baru
ia ‘berani’ membuka semula.
Kisah
tentang pokok semalu pernah diceritakan dalam sebuah riwayat Nabi s.a.w.
Kisahnya bermula apabila puteri baginda, Saidatina Fatimah az-Zahra terpijak
pohon semalu lalu mengaduh kesakitan. Rasulullah s.a.w memujuknya dengan
menceritakan kisah pohon semalu.
Pohon
semalu sebenarnya selalu dikiaskan ciri-cirinya dengan kelembutan jiwa seorang
wanita. Pohon semalu akan mengucup apabila disentuh. Durinya yang tajam sebagai
pertahanan diri dan akar yang mencengkam tanah, mengembang pada waktu pagi
serta menguncup pada waktu senja.
Analoginya,
wanita dihiasi dengan sifat pemalu dan lemah lembut. Wanita yang malu kepada
ALLAH tidak akan membiarkan dirinya disentuh sewenan-wenangnya dan tidak mudah
membiarkan fikirannya dijajah. Lihat saja pokok semalu, pantang saja disentuh,
terus menguncup malu atau barangkali tidak membiarkan anasir luar yang
menyapanya menyelinap masuk ke dalam dirinya.
Batang
pokok semalu mempunyai duri yang tajam sebagai benteng pertahanan diri andai
terancam oleh musuh atau kaki-kaki yang sengaja memijaknya. Seperti bunga ros,
duri pada pokok semalu juga memainkan peranan penting untuk melindungi bunga
yang cantik pada fitrahnya. “cantik dipandang tapi susah disentuh”.
Fakta yang
saya baru tahu apabila membaca artikel ini ialah akar pokok semalu yang kuat
mencengkam tanah menyebabkannya payah dicabut dari tanah. Yelah, saya tak
pernah pula melakukannya. Akar umpama asas yang kukuh menyebabkan ia tidak akan
berganjak dari apa yang dipegangnya. Kepercayaan yang teguh kepada ajaran Islam
menyuburkan sifat ihsan dalam diri seorang mukmin. Apabila tauhid terpasak
dalam jiwa, ibadah tersemai dalam diri, insyaALLAH, akhlak mulia terpancar di
sebalik minda yang murni walau dimana bumi berpijak.
Apabila
senja berlabuh, pohon semalu menguncup patuh pada hukum Tuhan. Malam bukan masa
untuk mempamerkan keindahan kerana mata yang memandang bukan mata yang
memberikan keselamatan. Malam dijadikan sebagai masa untuk berehat sebelum
meneruskan kehidupan dengan bantuan mentari pada keesokan hari. Malam masa yang
banyak meragut kehormatan jika tidak pandai menjaga diri.
Nah, wanita
memang sinonim dengan pohon semalu kan? Bayangkan seorang wanita yang pemalu, lemah
lembut, teguh mempertahankan maruah diri, mempunyai kefahaman yang kukuh dalam
agama dan tidak keluar pada waktu malam tanpa urusan penting secara
bersendirian, dan wanita itu adalah anda, sahabat anda, adik atau kakak anda,
InsyaALLAH..^_^
“Ya ALLAH, Kau
telah mengurniakan keindahan dalam penciptaanku, maka kurniakan keindahan
akhlak kepadaku..ameen”
“sesungguhnya ALLAH itu
Maha Indah dan
suka pada keindahan.”(hadis riwayat Muslim)
*p.s: malu
dengan orang yang pemalu..huhu(*,*)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang yang beriman (QS 51:55)