Jumaat, 10 Februari 2012

Orang baru..


“mira, cer tengok tuh, orang baru ke?” kata sahabat saya sambil mengisyaratkan ke arah salah seorang daripada sekumpulan pelajar perempuan yang masuk ke kafe petang itu. Saya yang sedang menikmati makanan kegemaran saya, bihun sup, mengangkat kepala.


“eh, ye ke. Macam kenal jer. budak lecture kita kan. Dia selalu duduk depan aku. Tapi dia telah membebaskan rambutnya lah,” dalam gurau ada nada terkilan di situ.


“ohh..tapi orang baru lar jugak tuh, baru transform. Ish3” kata sahabat saya. Sekejap kami membisu menghabiskan makanan masing-masing. Saya teringat pesan ibu, “jangan suka kutuk orang!”


“emm..perasan tak sekarang banyak ‘orang baru’ kat kolej kita ni. Baru melakukan transformasi diri. Yang baik kepada kurang baik macam kakak tadi, yang kurang baik kepada lebih baik pun ramai. Tengoklar kat masjid pun dah ramai kan. Dulu sebelum bulan ramadhan mana nak dapat macam itu.” Saya membuka bicara setelah selesai makan sambil memerhatikan ragam orang yang menjamu selera. Ada yang makan sorang-sorang. Ada yang makan berdua macam kami tapi mereka berlainan jantina. Ada yang makan beramai-ramai. Rasulullah suka makan bersama para sahabat baginda. Kalau kat sekolah dulu kami selalu buat rombongan ke dewan makan.

“itulah berkat bulan ramadhan. Hah, kawan-kawan kita pun banyak yang daripada sebelum ni tak kisah nak tutup aurat dah semakin menjaga aurat, malah ada yang sekarang ini menyarung tudung labuh. Alhamdulillah, semoga mereka sentiasa istiqamah, insyaALLAH” sahabat saya menambah.


“Ameen.. yang sudah berada dalam landasan insyaALLAH selamat dunia akhirat. Masalah kita sekarang yang terkeluar dari landasan. Yang dah salah masuk lorong. Takkan kita nak biarkan mereka dalam keadaan macam tuh. Kita kat sini perasan baik kutuk-kutuk mereka. Tak boleh, kita kena tolong mereka.” Tiba-tiba semangat daie datang dalam diri.


“insyaALLAH, kita cuba yang termampu. Dakwah melalui nasihat berhikmah dan contoh teladan sebagai muslimah solehah ya ustazah!” sahabat saya mengusik. Saya membalas dengan senyuman. Dalam hati berdoa semoga ALLAH sentiasa memberi petunjuk kepada sahabat-sahabat saya di kolej ini. Takut juga kalau diturunkan bala dengan pelbagai maksiat yang dilakukan. Justeru saya menyeru semua sahabat-sahabat untuk menggalas tugas sebagai daie atau pendakwah.


Rasulullah s.a.w bersabda “ sampaikan dariku walau sepotong ayat” (HR Bukhari)
Walau sebaris kata-kata yang baik sebenarnya mampu menyentuh sekeping hati andai disampaikan tulus dari hati.

“dan berikanlah peringatan, sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang mukmin”  (surah al-A’la)


“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran” (surah al-A’sr)
Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui…(^,^)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang yang beriman (QS 51:55)