Khamis, 16 Februari 2012

Nak jadi macam pohon semalu..^_^


Sewaktu sesi usrah yang lepas saya telah diberikan ‘task’ untuk  mem’bedah buku’. Kebetulan saya baru membeli sebuah majalah kegemaran remaja masa kini iaitu Gen-Q, isu ketiga yang bertajuk” Mengapa Doa Belum Dimakbulkan?”. Jadi, saya telah memilih majalah comel itu sebagai mangsa saya.Setelah segala tugasan seorang pelajar kolej matrikulasi diselesaikan, saya mencapai alatan bedah yang diperlukan iaitu pensil dan buku nota.


Sehelai demi helai diselak. Sementelahan tajuknya tentang doa, kebanyakan artikel yang disajikan adalah berkenaan dengan doa. Selain itu terdapat juga artikel tentang solat dan malu. Sebelum saya terlupa, antara kolumnis dalam majalah ini ialah Ustaz Dr Zahazan Mohamed, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, Dr Farhan Hadi, Ustazah Fatimah Syarha serta ramai lagi ustaz dan ustazah hebat yang memantapkan pengisian yang terkandung dalam majalah ini sebagai manual remaja bertaqwa.

Saya tertarik kepada sebuah artikel autobiografi yang ditulis oleh Nurul Amirah Abdul Rahim (lulusan UiTM) yang bertajuk “Malu Si Semalu”.
Pernah lihat pokok semalu? Siapa yang tak pernah tengok memanglar nak kena dengan duri pokok semalu. Alah..yang apabila kita sentuh ia menguncup. Lepas 5 minit baru ia ‘berani’ membuka semula.

Kisah tentang pokok semalu pernah diceritakan dalam sebuah riwayat Nabi s.a.w. Kisahnya bermula apabila puteri baginda, Saidatina Fatimah az-Zahra terpijak pohon semalu lalu mengaduh kesakitan. Rasulullah s.a.w memujuknya dengan menceritakan kisah pohon semalu.


Pohon semalu sebenarnya selalu dikiaskan ciri-cirinya dengan kelembutan jiwa seorang wanita. Pohon semalu akan mengucup apabila disentuh. Durinya yang tajam sebagai pertahanan diri dan akar yang mencengkam tanah, mengembang pada waktu pagi serta menguncup pada waktu senja.

Analoginya, wanita dihiasi dengan sifat pemalu dan lemah lembut. Wanita yang malu kepada ALLAH tidak akan membiarkan dirinya disentuh sewenan-wenangnya dan tidak mudah membiarkan fikirannya dijajah. Lihat saja pokok semalu, pantang saja disentuh, terus menguncup malu atau barangkali tidak membiarkan anasir luar yang menyapanya menyelinap masuk ke dalam dirinya.

Batang pokok semalu mempunyai duri yang tajam sebagai benteng pertahanan diri andai terancam oleh musuh atau kaki-kaki yang sengaja memijaknya. Seperti bunga ros, duri pada pokok semalu juga memainkan peranan penting untuk melindungi bunga yang cantik pada fitrahnya. “cantik dipandang tapi susah disentuh”.

Fakta yang saya baru tahu apabila membaca artikel ini ialah akar pokok semalu yang kuat mencengkam tanah menyebabkannya payah dicabut dari tanah. Yelah, saya tak pernah pula melakukannya. Akar umpama asas yang kukuh menyebabkan ia tidak akan berganjak dari apa yang dipegangnya. Kepercayaan yang teguh kepada ajaran Islam menyuburkan sifat ihsan dalam diri seorang mukmin. Apabila tauhid terpasak dalam jiwa, ibadah tersemai dalam diri, insyaALLAH, akhlak mulia terpancar di sebalik minda yang murni walau dimana bumi berpijak.

Apabila senja berlabuh, pohon semalu menguncup patuh pada hukum Tuhan. Malam bukan masa untuk mempamerkan keindahan kerana mata yang memandang bukan mata yang memberikan keselamatan. Malam dijadikan sebagai masa untuk berehat sebelum meneruskan kehidupan dengan bantuan mentari pada keesokan hari. Malam masa yang banyak meragut kehormatan jika tidak pandai menjaga diri.

Nah, wanita memang sinonim dengan pohon semalu kan? Bayangkan seorang wanita yang pemalu, lemah lembut, teguh mempertahankan maruah diri, mempunyai kefahaman yang kukuh dalam agama dan tidak keluar pada waktu malam tanpa urusan penting secara bersendirian, dan wanita itu adalah anda, sahabat anda, adik atau kakak anda, InsyaALLAH..^_^

“Ya ALLAH, Kau telah mengurniakan keindahan dalam penciptaanku, maka kurniakan keindahan akhlak kepadaku..ameen”

sesungguhnya  ALLAH  itu  Maha  Indah  dan  suka  pada keindahan.”(hadis riwayat Muslim)



*p.s: malu dengan orang yang pemalu..huhu(*,*)

Jumaat, 10 Februari 2012

Orang baru..


“mira, cer tengok tuh, orang baru ke?” kata sahabat saya sambil mengisyaratkan ke arah salah seorang daripada sekumpulan pelajar perempuan yang masuk ke kafe petang itu. Saya yang sedang menikmati makanan kegemaran saya, bihun sup, mengangkat kepala.


“eh, ye ke. Macam kenal jer. budak lecture kita kan. Dia selalu duduk depan aku. Tapi dia telah membebaskan rambutnya lah,” dalam gurau ada nada terkilan di situ.


“ohh..tapi orang baru lar jugak tuh, baru transform. Ish3” kata sahabat saya. Sekejap kami membisu menghabiskan makanan masing-masing. Saya teringat pesan ibu, “jangan suka kutuk orang!”


“emm..perasan tak sekarang banyak ‘orang baru’ kat kolej kita ni. Baru melakukan transformasi diri. Yang baik kepada kurang baik macam kakak tadi, yang kurang baik kepada lebih baik pun ramai. Tengoklar kat masjid pun dah ramai kan. Dulu sebelum bulan ramadhan mana nak dapat macam itu.” Saya membuka bicara setelah selesai makan sambil memerhatikan ragam orang yang menjamu selera. Ada yang makan sorang-sorang. Ada yang makan berdua macam kami tapi mereka berlainan jantina. Ada yang makan beramai-ramai. Rasulullah suka makan bersama para sahabat baginda. Kalau kat sekolah dulu kami selalu buat rombongan ke dewan makan.

“itulah berkat bulan ramadhan. Hah, kawan-kawan kita pun banyak yang daripada sebelum ni tak kisah nak tutup aurat dah semakin menjaga aurat, malah ada yang sekarang ini menyarung tudung labuh. Alhamdulillah, semoga mereka sentiasa istiqamah, insyaALLAH” sahabat saya menambah.


“Ameen.. yang sudah berada dalam landasan insyaALLAH selamat dunia akhirat. Masalah kita sekarang yang terkeluar dari landasan. Yang dah salah masuk lorong. Takkan kita nak biarkan mereka dalam keadaan macam tuh. Kita kat sini perasan baik kutuk-kutuk mereka. Tak boleh, kita kena tolong mereka.” Tiba-tiba semangat daie datang dalam diri.


“insyaALLAH, kita cuba yang termampu. Dakwah melalui nasihat berhikmah dan contoh teladan sebagai muslimah solehah ya ustazah!” sahabat saya mengusik. Saya membalas dengan senyuman. Dalam hati berdoa semoga ALLAH sentiasa memberi petunjuk kepada sahabat-sahabat saya di kolej ini. Takut juga kalau diturunkan bala dengan pelbagai maksiat yang dilakukan. Justeru saya menyeru semua sahabat-sahabat untuk menggalas tugas sebagai daie atau pendakwah.


Rasulullah s.a.w bersabda “ sampaikan dariku walau sepotong ayat” (HR Bukhari)
Walau sebaris kata-kata yang baik sebenarnya mampu menyentuh sekeping hati andai disampaikan tulus dari hati.

“dan berikanlah peringatan, sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang mukmin”  (surah al-A’la)


“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran” (surah al-A’sr)
Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui…(^,^)



Selasa, 7 Februari 2012

The Messenger Of Allah


 
Your face is bright like the shining moon
Lighting up darkness of the night
We are here, we think of you
Oh Muhammad Rasulullah


The coming of you make the brightest day
Shining through along the way
You bring the love of Al-Islam
You are the symbol of unity


C/o
You bring the light to the entire world
You bring the hope into human lives 2x


You lead us to the way of truth
Oh Muhammad
Oh Muhammad Rasulullah


Well my friends the time has come
To have some peace and serenity
From the love of Rasulullah
Oh Muhammad Rasulullah

Album : Impian Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com