Jumaat, 13 Januari 2012

Be serious! Focus! Matured!

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum wbt...
sehingga ke saat ini masih lagi dikurniakan nikmat iman dan islam, masih mampu menghirup oxygen dan segala system patuh kepada arahan Penciptanya. Alhamdulillah, masih dapat berjalan melangkah ke tahun yang seterusnya, dan berkata pada diri, "Wah, umur aku dah masuk 19..cepatnya masa berlalu".
sahabat-sahabat, ingatlah semakin bertambah usia kita, semakin dekat kita dengan kematian. pernah tak kita terfikir umur berapa kita akan mati? atau mungkin ramai yang fikir umur masih panjang, kita muda lagi..
Alhamdulillah saya menyambut tahun baru masihi ketika mengikuti daurah bersama halaqahmates saya. ketika program itu kami didedahkan dengan teknik-teknik dakwah yang berkesan di samping meningkantkan keyakinan untuk berdakwah. InsyaALLAH saya akan kongsikan mengenai program ini dalam post akan datang.
sahabat-sahabat, belajar di matrik memang saangat sibuk..especially dah masuk sem 2 ni..memang takde masa nak bukak blog..sedar-sedar dah ramai sahabt-sahabt join blog..jazakalllah...

walaupun saya bukanlah dalam kalangan mereka yang berjawatan tinggi tapi sedikit amanah yang digalas turut menuntut komitmen yang maksimum..yang penting time management yang sedang saya usahakn sekarang...insyaALLAH..saya doakan kita semua mendapat kejayaan di dunia dan akhirat..uhibbukum fillah..barakallah fikum...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang yang beriman (QS 51:55)