Selasa, 28 Ogos 2012

resah..yang ku pendam dalam kata..

melukiskan kesunyian..tanpa Engkau aku tak mengerti..

(eceyh..==" layan sixsense plak..)
pap!
adeh..kan da dapat penampar satu..

kata2 menampar hati, berbekas..woo..

sedar tak, ade orang tengah ter~DOWN~ nie (eceyh..ter ==")

~bila tiba hari raya..semua insan bergembira..tetapi hatiku..hanyalah kesedihan..~
ok stop lagu tuh sampai situ, jangan sambung lagi.

hatinya kesedihan..mengapakah..

berbalik kepada gambar di atas..

UKHUWAH IS DIRECTLY PROPORTIONAL TO IMAN

ini bukan formula physics ke apa..tapi formula yang sedang dihayati oleh mereka yang kenal pada ukhuwah.

serius? yup..cer try rasa..

saat berjauhan dengan teman2 berlari anda, anda terasa malas, tension, nak marah orang jep. takde teman2 yang nak mendengar isi hati, takde teman yang nak boost balik iman untuk buat ibadah.

ditambah pula duduk rumah, goyang kaki, mengadap tv cerita lagha..adeh..bertambah kedalaman down anda.
 *DOWN di sini bukan bermaksud Sindrom down, tapi sindrom IMAN DOWN..

tiba2..ada teman yang terRINDU kat anda..apelah khabar sahabat yang dia sayang seorang ini..da baca Quran ke belum, pagi tadi dia Qiam tak..

teman itu mengCONTACT anda..

dan...anda terasa GELABAH..apa hal plak dia nie..nak kacau tepi seluar aku ke..potong line lar..
anda pun buat endah tak endah jep dengan dia..

tetapi dalam hati kecil anda terbit rasa bersalah..huhu..
teringat kenangan bersama..saat2 indah apabila hati disentuh lembut oleh TARBIYAH.

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (surah Al-Kahfi ayat 28)

buka jep Quran terjemahan terjumpa pula ayat ini..subhanallah..ayat2 cinta dariNYA.

kerana iman down, ukhuwah jadi mangsa..kononya nak lari semua orang..tapi sampai mana? ALLAH itu lagi faham isi hati..

nak share kata2 indah milik seorang akhwatfillah merangkap halaqahmate saya..(edited)

  • jangan kita jadikan ukhuwwah kita ini 
    semakin melemahkan kita
  • padahal sepatutnya makin menguatkan
  • mungkin itu trick syaitan laknatullah
  • sebab mereka memang akan sentiasa cari jalan
  • untuk lemahkan kita
  • so, sama2 kita
  • saling menguatkan
  • saling mendoakan
  • kalau sesiapa di antara kita
  • tambah2 nanti dah terpisah

  • pastu rasa futur (iman down)
  • alasan sebab teringtkan ukhuwah
  • tolong bantu dengan kata2 semangat
  • ingatkan tujuan kita sama2
  • utk cinta dn redha DIA
  • mungkin DIA uji kita dgn perasaan cmni

supaya kita belajar utk CINTA DIA dulu melebihi segalnya

  • dan pasti, bila kita betul2 nk CINTA DIA
  • kita redha apa je ujian DIA pada kita
  • sebab pasti DIA tahu apa yg baik utk kita kan
  • dan yakin, DIA akan jaga org yang kita sayang dgn sebaiknya
x kira di mana jep..

subhanallah yang menyampaikan pesanan melaluinya..alhamdulillah...



mungkin juga ALLAH menguji kita dengan berjauhan dengan sahabat2 kita supaya kita mengambil peluang itu untuk mendekatiNYA..

take note..walaupun kita tidak ditarbiyah dalam program atau dalam halaqah, kita masih perlu menjalani Tarbiyah Dzatiyah (mentarbiyah diri sendiri) untuk memantapkan iman kita. sebelum tarbiyah orang lain, tarbiyah diri sendiri dulu. 




meniti tangga ukhuwah bersama..insyaALLAH..

jika sebelum ini kita rasa kita keseorangan..terutama bila tiada teman di sisi..ingatlah ALLAH sentiasa ada bersama kita..


insyaALLAH...jadi orang yang kuat!! doakan.. :D

p/s: selamat berpuasa enam hari dalam bulan syawal..

Jumaat, 24 Ogos 2012

menjadi diriku..tiada duka yang abadi..

Bismillahirrahmanirrahim

mencari kekuatan di sebalik kepayahan..
tak lain dan tak bukan daripada cinta yang maha Agung
tiada siapa pun yang lebih faham diri itu berbanding DIA.




dulu dia hanya hamba biasa-biasa. manja, emo. kalau cakap dia jelar yang right, orang lain sume dipangkahnya. kalau perkataan yang keluar dari mulut yang suka muncung tuh ibarat marker pen, habis muka orang lain kena pangkah besar-besar.

kalau ada debat ala parlimen tak rasmi, mesti dia yang nak menang, orang lain sume kalah tanpa bertanding..

tapi, bila dia yang hina dina terpilih untuk terjelepuk di jalan itu,
transformasi berlaku berperingkat-peringkat. dia tak pasti berapa fasa tapi yang dia pasti projek itu takkan berhenti sehingga sampai masanya.

sejak bertatih di jalan itu, ada yang memandang dia seperti alient. asing. pelbagai status untuk dirinya. konon merisaukan dirinya.

dan dia rasa nak pangkah jep kepala orang2 tuh pakai marker dalil aqli atau naqli yang dia sempat belajar sebagai pertahanan diri tapi...
hatinya melarang keras. keadaan akan jadi lebih buruk.
mereka akan bagi gelaran bajet bagus pula.

jadi, daripada dia menjawab dikatakan tunjuk pandai, lebih baik dia senyap.
"bila orang cakap macam2, zikir subhanallah berterusan dalam hati..insyaALLAH takkan berbekas di hati.."

mereka yang berada di jalan itu memberi kata semangat.
Nabi menganjurkan supaya membalas kejahatan dengan kebaikan.
ALLAH menyuruh sabar, solat, doa dan bertawakkal kepadaNYA.

ya. dia tahu orang2 sekeliling sangat sayangkan dirinya. mereka tak mahu dia mengabaikan pelajarannya.

dia faham. dia akui kesilapannya dulu. dia khilaf. tenggelam dalam lautan nafsu. dan dia berjanji takkan kembali kepada khilafnya itu.

jejaknya di bumi menara ilmu itu nanti akan difokuskan untuk misi yang digenggamnya. terus berlari tanpa menoleh ke belakang lagi.

dia hanya mampu berdoa supaya mereka memahami apa yang dia lakukan. kerana apa yang dia lakukan untuk mereka juga.

memang ia akan menelan masa. tak tahu berapa lama. tapi dia akan tetap menunggu. berdoa dan mempamerkan transformasi yang dilakukan. malah turut mengajak mereka untuk turut serta. sedikit demi sedikit.




~Selamat hari raya aidilfitri. minal aidin wal faizin..taqabbalallahu minna waminkum~

alhamdulillah..kerana ALLAH memanjangkan usia kita untuk merasai lagi bayu lembut 1 syawal. melaungkan takbir kemenangan. tahniah!! kerana berjaya menjalani tarbiyah dalam madrasah Ramadhan. semoga segala ibadah kita diterima. moga momentum yang terhasil  akan berkekalan hingga Ramadhan seterusnya.

raya saya kali ini ada gembira, ada duka sikit2. tapi pastinya kita digalakkan untuk meraikan hari mulia ini tanpa berlebihan. sentiasa kenangkan saudara kita yang ditindas, yang disiksa, bagaimanakah agaknya raya mereka..huhu

banyakkanlah bersyukur.

teringat kata2 yang didengar di radio.."hari raya sebenar adalah di syurga nanti. apabila kita semua menghadap ALLAH dan di sana kita akan diberikan pelbagai nikmat yang indah.."

untuk mendapatkan yang indah memerlukan pengorbanan yang tinggi..



...raya yang busy nak masuk u..UPM..tunggu saya yea...



Ahad, 29 Julai 2012

Puasa kertas pasir?





Bismillahhirrahmanirrahim..alhamdulilah..selawat salam untuk kekasih ALLAH, Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda dan para sahabat seluruhnya.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana menigizinkan kita melewati sepertiga pertama Ramadhan al-Mubarak. So far bagaimana puasa sahabat2 semua?

Bacaan Al-Quran? Ada dapat 10 juzuk? Ke lebih lagi?

Solat tarawih bagaimana? Khusyuk atau tersengguk2? Dek terlalu kenyang berbuka puasa.

Mata, mulut, telinga...adakah masih membenarkan yang negatif menerobos segala pancaindera kita?

SOLAT? Adakah bertambah khusyuk atau semakin lambat?

Sedeqah pula bagaimana? Banyak memberi pada yang memerlukan atau banyak menghulur pada mak cik jual ayam percik?

Apa kenalar bertubi2 soalan tetiba yea? Nie sebenarnya nak muhasabah diri sendiri nie.. kadang2 bila kita nak menilai diri kita kena menulis, baru nampak. Sebab kalau dalam fikiran, dia susah nak keluar dan lama-lama kita akan lupa. Akhirnya tiadalah proses mengubah diri kita.

Jadi saya nak galakkan sahabat-sahabat untuk membuat checklist ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan.

Check List Ramadhan

Amalan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
Bangun Awal Pagi







































Qiamulail







































Solat 5 Waktu







































Membaca Al-Quran







































Membaca Al-Mathurat







































Solat tarawih







































Selawat ke atas Nabi S.A.W







































Sedekah







































Istighfar







































Niat Puasa utk esok hari









































Ya ALLAH, limpahkanlah rahmatMU untukku dalam bulan yang mulia ini..mudahkanlah aku untuk melaksanakan puasa dan ibadah-ibadah lain hanya untukMU Ya ALLAH,,jadikanlah aku hambaMU yang bertaqwa..ameen”
~J0m Tambah AmalaN kiTa dlm Bulan RaMaDhan Ini!!(^_^)~


~nie contoh jep..kalau nak lebih cantik, buat lain yea~

bila da buat jadual kita boleh meniliti bilangan ibadah yang kita telah buat. Contohnya dalam seminggu ini kita dapat membaca Al-Quran sebanyak 7 juzuk. Bermakna 1 juzuk 1 hari. Bagi yang berjaya memecahkan rekod dalam bulan pesta ibadah ini, mabruk saya ucapkan.

Namun bagi mereka yang sudah masih berada dalam rekod yang sama seperti dalam bulan2 sebelum ramadhan maka ingin sekali saya ucapkan “teruskan usaha anda”. Kenapa saya berkata demikian?
~Kenapa, baguslah dapat maintain, dari dulu tiap2 hari aku dapat baca 1 juzuk.~

bagi yang ada ter'mindset' begitu, baik review balik, kerana jika dulu kita berjaya ketika Inche Nafsu dan partnernya Mr Setan masih menggoda kita, kini dalam bulan mulia ini Mr.Setan diberhentikan sementara waktu, tahap amalan kita masih sama. Nampak sangat inilah keadaan iman kita yang sebenar. Tiada peningkatan. Maka analisa kembali, ternyata puncanya adalah hati kita sendiri. Masih banyak karat2 jahiliah mungkin.

sewaktu di sekolah dalam bengkel kemahiran hidup saya mengenali kertas pasir. Kertas pasir selalu digunakan untuk melicinkan permukaan kayu. Cara menggunakan adalah dengan menggosok2 kertas pasir pada permukaan kayu yang kasar.



Jadi apa kaitan kertas pasir dengan puasa? Cer teka..hehe

oklar..jom kita umpamakan puasa ibarat kertas pasir.
Hati kita pula ibarat kayu. Kayu yang banyak cela ibarat hati yang sering dikuasai Inche nafsu. Malah hati ibarat kayu yang sangat kasar akibat dilitupi dengan karat2 jahiliah.

so, apalagi, ambil kertas pasir dan gosok2 kayu kita sampai licin. Gosok kuat2. Kalau dalam bengkel KH tuh ada mesin kertas pasir. Guna mesin tuh pun best jugak. Biar hilang habis segala karat2 jahiliah.

sahabat2, gunakanlah puasa kita ini untuk mencantikkan hati kita. Hati adalah tiang ibadah. Apabila indahnya hati kita, indahlah ibadah kita. Baru boleh kata dalam hati ada syurga. Indahkan amalan dengan penyucian hati melalui taubat atas dosa2 semalam yang kita lakukan. Datangkan 'sweet'nya dating dengan Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang dalam bulan maghfirah ini.

Grab segala peluang dan ruang dalam bulan ini untuk membersihkan hati kita supaya graduatenya kita daripada university of Ramadhan ini dengan ijazah taqwa yang akan melahirkan seorang khalifah yang menjunjung syariatnya.

Jadikan 20 hari yang akan datang adalah lebih baik daripada 10 hari yang berlalu.
Kerana mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir.
Semoga dengan indah dan menawannya amal ibadah kita dalam bulan ini melayakkan kita memperoleh kemenangan yang dijanjikanNYA.

~nie bila puasa ibarat pemadam pula~

Selasa, 24 Julai 2012

Ramadhan kareem..

Bismillahirrahmanirrahim....Alhamdulillah..segala puji bagi ALLAH kerana masih diberikan peluang untuk menyampaikan sesuatu di laman ini..Selawat dan salam buat junjungan tercinta Rasulullah Muhammad bin Abdullah, ahli keluarga dan para sahabat seluruhnya, para  tabiin dan yang mengikut mereka, para mujahidin ISLAM yang tak jemu2 meninfaqkan harta dan jiwa mereka untuk Deen yang dicintai ini, moga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNYA..


Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Ramadhan kareem kepada semua sahabat2..hari ini baru hari yang ke-4..alhamdulillah kita masih diberikan ruang dan peluang untuk bersama bulan yang dirindui oleh orang mukmin ini..sama-samalah kita berjuang habis-habisan untuk memerangi nafsu kita dalam bulan ini.


"Wahai  orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" (S. Al-Baqarah, 2:183)


Ayat di atas membuka gelanggang perbincangan saya dan adik2 dalam sebuah halaqah di Gopeng, beberapa minggu lepas yang berkisar tentang persiapan untuk menyambut Ramadhan Al-mubarak.


Jadi ALLAH mewajibkan kita berpuasa supaya kita menjadi orang bertakwa. hmm..kita puasa tak tahun lepas? dan berapa tahun kita berpuasa tetapi adakah kita berjaya menjadi insan yang bertaqwa?? hmm..senyum..tak perlu kata apa2..


Antara ciri-ciri golongan al-muttaqin (orang yang bertaqwa) ada disebutkan di dalam Al-Quran dalam surah Ali-Imran ayat 133-134 yang bermaksud,


"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan daripada Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang2 yang bertaqwa. Iaitu orang yang berinfaq baik di waktu lapang atau sempit, orang2 yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan ALLAH mencintai orang yang berbuat kebaikan."


kalau ditenung ayat ini, semua ciri2 yang disebutkan adalah amalan2 di dalam bulan mulia ini. seperti berinfaq. antara contoh infaq ialah zakat fitrah yang wajib kepada semua umat islam. selain itu, infaq boleh jadi dalam bentuk sedeqah kepada fakir miskin dan anak yatim. tak payah pergi jauh, post makanan kat orang sebelah juga kita dianggap sedeqah.


Rasulullah s.a.w bersabda: "sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu." (HR Tirmizi dan Ahmad)


Teringat kenangan di matrik, saya dan sahabat2 selalu beriftar bersama di masjid. kadang2 di bilik sendiri dan kawan. maka kami selalu berebut nak saling membelanja. kalau tak bagi nanti merayu pula.."bagilah aku peluang dapat pahala ko.." gurau seorang sahabat. hehe..jangan buat untuk mendapatkan pahala..hati mesti ikhlas~~


Dalam bulan mulia ini, kita bukan sahaja menahan marah, malah menahan segala kehendak nafsu dan pancaindera kita. dan of coz lar kita menahan diri daripada makan minum dari terbit fajar hingga tenggelam matahari. daripada sifat menahan diri ini kita akan dididik dengan sifat sabar dan takkan mudah berputus asa.


Rasulullah saw bersabda: "Apabila bulan Ramadhan tiba, pintu syurga dibuka, sedangkan pintu2 neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu." (HR Bukhari dan Muslim)


saya terdengar hadis ini dalam tazkirah ramadhan di ikim.fm. saya ingat lagi ustaz itu mengatakan bahawa jika kita hendak lihat iman dan amal orang itu, kita lihat dalam bulan ramadhan kerana dalam bulan ini syaitan telah dirantai dan tidak akan menggodanya untuk melakukan dosa. jadi jika dia melakukannya ia adalah dorongan nafsunya sendiri.


sentap. istighfar panjang dan mengharapkan pengampunan daripada Yang Maha Pengampun.  melihat diri sendiri. masih banyak khilaf yang dilakukan. masih kurang amalan sebagai bekalan. masih kurang taubat atas dosa2 yang dilakukan tanpa sedar. masih kurang usaha untuk meningkatkan iman. masih tidak mengamalkan deen yang sebenar. di mana puncanya wahai hati??


Ada yang gembira kerana fikir syaitan takkan mengganggunya beribadah dalam bulan yang diberkati ini. tapi sebenarnya jika difikirkan balik, mr. setan telah pun berdamping dengan kita selama 11 bulan yang lalu. dah puas dia memahatkan segala titik noda dalam hati ini. agaknya dia pun tak heran nak tinggalkan kita.


jadi siapakah yang sebenarnya dalang di sebalik kesalahan2 yang kita masih lakukan lewat ramadhan ini..kita lupa pada si rakan kongsi mr. setan iaitu inche Nafsu. dialah yang mempengaruhi kita untuk bermalas-malasan ketika orang lain sibuk beribadah, yang memujuk kita untuk membeli segala jenis lauk-pauk dan kuih-muih di bazar ramadhan. hmm..bazar ramadhan tuh beroperasi selama 30 hari..tak perlu lah sehari nak beli semua, esok nak beli apa pula. kes terkecuali untuk mereka yang nak buat rumah terbuka untuk iftar.


Antara cara untuk menewaskan inche Nafsu adalah dengan membaca dan menghayati surat-surat cinta daripada Yang Maha Penyayang. seperti yang tercatat pada ayat ke-185 surah Al-Baqarah, 

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil)."


yeah, insyaALLAH boleh!!

semoga kita dapat terus bermujahadah dalam bulan maghfirah ini..dan tidak tergolong dalam golongan yang disebutkan oleh Rasulullah, berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. semoga ALLAH menerima puasa kita...
to be continue..




Khamis, 5 Julai 2012

buang masa ke?


Masa pun takde masa nak buang masa dengan kita.”

Ayat apekah ini??kreatif..kreatif..mesti tersenyum orang yang cipta ayat ni baca. Ayat ini tertampal di kelas saya semasa di sekolah dahulu, 5 Sains 1 tahun 2010. Kelas yang dihuni seramai 24 orang terdiri daripada 18 orang bidadari dan 6 orang bidadara..(waa..kembanglar depe). Sebenarnya kami perlu menyediakan ayat2 motivasi setiap seorang untuk ditampal di atas whiteboard kelas. So, bolehlar ayat itu ditatap kalau mengantuk ke..huhu..

ok, cukuplar melayan memori zaman sekolah muda2 dulu. Sebenarnya saya hendak menaip sedikit perkongsian saya mengenai sesuatu yang tidak dapat kita lihat, tapi sentiasa bergerak pantas, tidak pernah menunggu kita. Yang berlalu tidak pernah kembali, yang seterusnya masih tak pasti dapat dinikmati.

Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan amalan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”(surah al-'Asr 103:1-3)

memang dah ramai yang hafal terjemahan surah al-'Asr ni kan? Sebab ada nasyid yang dipopularkan oleh kumpulan Raihan. Tapi sejauh mana kita menghayati maksudnya?


A'ah. Alin pun tahu jep maksud surah ni tapi tak paham sangat.” kata si adik bongsu, baru berusia 10 tahun. Ketika itu baru lepas mengaji. Alin suka bertanyakan maksud surah-surah yang dipelajarinya. Kadang-kadang dia baca sendiri makna surah daripada Quran terjemahan hijau milik Along.
Apa yang tak pahamnya,” Kak La, yang second last bertanya kepada Alin walaupun dia tahu Alin bertanya pada Along. Dia pun sudah menutup Quran yang dibacanya dan sama-sama menunggu jawapan Along.
A'ah..Alin tak paham yang mana?hehe..”Along memandang adik2nya yang tinggal 2 orang di rumah. 3 orang lagi di asrama. Nanti bila dia ke universiti tinggal berdua jelah yang menemani ibu ayahnya. budak2 ni sifat inkuirinya tinggi.
Ok, Along nak tanya kome, agaknya kan, macam mana keadaan orang-orang yang kerugian yang dimaksudkan dalam surah ni?”Along bertanya siap ada gaya lagi.
hmm..Orang yang buang masa lar Along,” Alin menjawab.
pandai, adik sapa lar ni..hehe.. jadi Kak La, buang masa tuh macam mana?”soalan dituju pada kak La. Saje nak test adiknya yang baru Form 1.
yelar, macam orang yang buat perkara-perkara yang tidak berfaedah,” jawab Kak La.
Contohnya?” Along bertanya lagi.
contohnya, tengok tv, main game, tidur pada waktu bukan sepatutnya,” Kak La memberikan pendapatnya. Pendapat seorang remaja yang memang tak suka keluar rumah. Mereka bertiga tahu apa yang kak La sebutkan rutin dalam rumah itu.
so, tanpa kita sedar kita selalu buat apa yang merugikan kita. Malah banyak lagi contoh perkara yang tidak berfaedah. Jadi Alin, macam mana kita nak buat sekarang, takkan kita nak terus rugi? Bila kita nak untung pulak?”
janganlar buat perangai macam tuh kan Along,” jawapan Alin tanda berfikir. Along membuka Quran terjemahan berwarna hijau miliknya yang dibeli 3 tahun lepas.
betul, dalam Al-Quran pun ALLAH ada kata


perkara yang melalaikan itu, perkara yang tidak berfaedah lar kan Along?”tanya Alin lagi. Teruja dengan ayat Al-Quran yang baru ditunjukkan.
Yes, my dear. So, untuk jadi orang yang beruntung, maksudnya orang yang berjaya,kita perlu menghindarkan diri daripada perkara yang melalaikan dan tidak berfaedah. Boleh?”
InsyaALLAH..”Kak La dan Alin menyambut kata-kata kakak sulung mereka dengan tersenyum penuh makna.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Saya ingin mengutarakan satu persoalan mudah yang pastinya golongan berIQ tinggi seperti sahabat2 sekalian mampu menjawabnya.
Apakah benda yang paling bernilai bagi seorang pelajar?”
DUIT?”hmm...tepat, tapi bukan jawapan yang saya inginkan. Ia sangat berharga sehinggakan boleh frust menonggeng bila terlepas begitu jep.
Masa itu emas!” wah..jawapan siap berperumpamaan pula. Heh.

Semasa di matrik, sewaktu minggu study week, pada suatu malam, saya telah mendapat sakit kepala yang teruk. Sampaikan tak boleh bangun. Nak kata migrain tak pernah ada doktor yang sahkan. Saya cuba telan ubat dan nak study sebab minggu depannya nak final dah, tapi tetap tak boleh. Siap kena marah dengan roomates saya suruh saya tidur jer. Esoknya saya rasa rugi sangat sebab tidur. Bayangkan betapa berharganya masa sehingga rasa rugi tidur di kala tak cukup masa gitu.

Mujur ada seorang sahabat saya yang memujuk, “tak pe, mungkin ada hikmahnya. ALLAH nak bagi ko rehat. Aku tengok siang semalam ko dah sungguh2 study, malam selalu stay up, aku tak nak sampai ko abaikan hak badan ko sendiri,” kata-kata kawan saya itu ada benarnya. Ketika itu, saya rasa saya terlalu gila study sampaikan terjauh daripada ALLAH. Jadi mungkin ALLAH nak bagi peringatan supaya saya sentiasa ingat DIA.


Kembali semula ke persoalan kita tentang masa setelah iklan saya di matrik tadi. Walaupun dirasakan diri ini tidaklah orang yang alim, tetapi sekadar mengajak sahabat2 supaya sentiasa belajar dari pengalaman. Persoalan masa terlalu luas, tetapi yang ingin saya ajukan ialah sebanyak mana (jika boleh dikira) masa yang telah kita infaqkan untuk ALLAH. Sebelum itu, saya ingin bertanya dulu kepada diri dan sahabat2, “apakah kita sudi untuk menginfaqkan masa kita untuk ALLAH?”

mesti ada yang bertanya bagaimana nak menginfaqkan masa kita di jalan ALLAH? Adakah perlu turun berperang dengan Israel yang sedang mengasak saudara-mara kita di Palestin sana? Mungkin masih tidak mengizinkan untuk itu walaupaun saya pasti sudah berkobar-kobar semangat jihad sahabat2.

Semasa mula mengenal halaqah, saya ditanya oleh kakak murabbiyah, bolehkah saya mengorbankan masa belajar/tidur/rehat/dobi pada setiap hujung minggu untuk duduk berhalaqah, mendengar pengisian dalam proses tarbiyah diri? Saya terdiam. Mampukah saya korbankan masa saya? Juga duit elaun saya kerana kami perlu keluar dari kolej untuk pergi halaqah. Mampukah saya istiqamah?

Wahai orang-orang yang beriman! mahukah Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada ALLAH dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.”
(s. As-Saff 61:10-11)

sesungguhnya ALLAH membeli dari orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...”(s. At-Taubah 9:111)

Berangkatlah kamu baik dengan rasa berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan ALLAH. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (s. At-Taubah 9:41)

Nah, kakak murabbiyah saya itu macam boleh baca isi hati saya. Sungguh, saya rasa tenang bila dapat dengar ayat2 itu dan menguatkan keyakinan saya untuk meneruskan niat saya. Sebagai seorang muslim, kita perlu sedar peranan kita untuk menyelamatkan umat kita ini daripada terus tersasar dari landasan sebenar. Teringat status fb seorang sahabat,

perbaiki diri dan serulah yang lain” lebih kurang begitulah. Dalam proses tarbiyah, kita perlu korbankan masa kita untuk mendalami ilmu agama dan juga menyampaikan kepada yang lain. Masalahnya sekarang kita selalu kata tiada masa. Terlalu sibuk dengan hal dunia sampai tiada masa untuk datang ke majlis ilmu. Tidak! Jangan begitu. Kita sendiri perlu cari masa itu. Biarlah sekejap asalkan sungguh bermanfaat kerana percayalah ALLAH akan menggantikan masa itu dengan yang lebih baik.

Contohnya terlalu banyak, walaupun kesuntukan masa, tetapi masa sedikit yang ALLAH kurniakan telah dapat digunakan dengan efektif berbanding mereka yang tidak memperutukkan masa di jalan ALLAH. Pengalaman seorang kakak senior di matrik dulu, suatu pagi, dia ingin pergi ke halaqah, tapi assignment banyak tak siap lagi. Sebelum pergi dia nak ajak kawan sekelasnya tapi kawannya itu sedang siapkan assignment. Kakak itu pun tak jadi ajak dan terus pergi halaqah. Balik lepas halaqah petang itu, selepas mandi, basuh kain, dia buat assignment sampai siap. Then, dia pergi ke bilik kawan sekelasnya tadi, kawannya masih belum siap assignment yang dibuat sejak pagi tadi.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika membantu agama ALLAH, nescaya DIA akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (s. Muhammad 47:7)

Masa yang kita ada di dunia ini hanya sebentar sahaja sebenarnya. Setiap hari ALLAH bagi kita 24 jam. Saya tak kata bila kita infaqkan masa kita akan dapat lebih masa jadi 25 jam ke tapi seperti yang saya ceritakan masa itu terasa cukup untuk kita. 






Dalam Al-Quran banyak sekali dipaparkan kisah ketika di akhirat manusia merasakan terlalu sekejap hidup di dunia. Mereka yang melakukan maksiat merayu kepada ALLAH supaya dapat kembali ke dunia untuk melakukan kebajikan. Takkan sampai di sana baru kita nak menyesal? Umur umat Nabi Muhammad adalah sekitar 60 tahun. Jika kita sudah berusia 20 tahun, ada 40 tahun lagi untuk kita. Tapi itu hanya jangkaan. Bila-bila masa malaikat Izrail akan menjemput kita.

Jadi jangan takut untuk membuang masa untuk melakukan kebajikan, untuk menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar, untuk saling memberi peringatan kerana jika kita ikhlas kerana ALLAH, insyaALLAH kita akan dapat ganjaran berlipat ganda daripada ALLAH. Jom cari peluang yang ada di sekeliling kita untuk menginfaqkan segala yang kita ada untuk deen yang dicintai ini. InsyaALLAH saya akan kongsikan lagi mengenai infaq harta pula di waktu yang lain.


"Dan berlumba-lumbalah (bersegeralah) kamu kepada keampunan Rab (Tuhan) kamu dan jannah (taman/syurga) yang seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang yang bertakwa. (Iaitu) orang yang menafkahkan hartanya ketika lapang atau sempit, orang yang menahan marah dan memaafkan manusia. Dan Allah mengasihi orang ‘muhsinin’ (yang melakukan kebaikan)."(s. Ali- Imran 3:133-134)

~~selamat beramal..semoga sedikit masa yang diluangkan untuk menatap tulisan yang tidak seberapa ini menjadi ibadah buat kita...;)




Rabu, 27 Jun 2012

semudah kata

mudahnya mulut bermadah
mudahnya jari menaip kata
mudah lagi mata menatap
mudah juga hati menolak
menafikan petunjuk yang tersingkap
lantas mematikan tindakan
mencantas bertunasnya perubahan


ya, memang mudah untuk dikatakan
namun teramatlah payah mengamalkan
baik lidah yang melafazkan
atau hati yang merenungkan
tewas pada dakapan nafsu
bisikan yang tiada makna jemu
menabiri suci fitrah hati


hidayahNYA terus melambai
namun terus diabai
pesona fatamorgana dunia
yang mengajak kepada makruf dikeji
yang menganjur mungkar disanjungi
sekali lagi hati
mudah lupa pada janji abdi
lupa pada balasan ukhrawi


insan terpilih wahai daie
kekasihNYA telah mengamanahkan
"sampaikan dariku walaupun sepotong ayat"
walaupun mudah tapi payah
teruskan mujahadah
perbaiki diri dan menyeru yang lain
walau dirimu masih banyak cela


dan juga saudara yang diseru
sambutlah cahaya peringatanNYA
kerana DIA dan saudaramu masih lagi sayang
masih ada yang kisah pada Imanmu
tidak sanggup melihat deritamu di sana
paksa dirimu untuk berubah
lawan desakan nafsu
kuasai akal pemikiranmu
kerana manusia adalah makhluk
yang bisa mengawal akal dan nafsunya


salam ukhuwah sahabat2ku, apa khabar imanmu? bagaimana persiapan menyambut kekasih yang dirindui Ramadhan al-Mubarak yang bakal berkunjung tidak lama lagi..subhanALLAH..lewat kini saya merasakan begitu meriah di facebook dengan dakwah daripada sahabat2 di sana. pelbagai gambar menarik, ayat2 al-Quran dan hadis, kata2 motivasi, video dan banyak lagi kata-kata renungan daripada ulama2 terkenal. rambang mata dibuatnya. apalagi join lar sekali, 'berlumba-lumba' membuat kebaikan. ^^,


tapi terkadang ada suara yang berbisik, "ish, bajet bagus sangat post2 islamic," takpun datang yang nie plak, "weh, ape yg ko post nie, ko amalkan ke x?"..err..terfikir banyak kali..kadang seronok sangat share datang lar pulak penyakit perasan baik, riyak..waa,,memang jahat giler Mr setan kan?huh


tapi ALLAH sangat menyayangi kita..banyak sekali dihadiahkan ayat-ayat cinta untuk memujuk kita..seperti yang tercatat dalam surah Ali-Imran ayat 110..
Kamu (umat Nabi Muhammad saw) merupakan sebaik-baik umat yang Kami (Allah) keluarkan di kalangan manusia (agar) kamu menyeru kepada yang makruf (kebaikan) dan mencegah kemungkaran (kejahatan), serta kamu beriman kepada Allah. Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman, yang demikian itulah baik bagi mereka, (malah) antara mereka ada yang beriman, tetapi kebanyakan mereka adalah orang yang fasik.


jadi jangan risau, teruskan mencorakkan perubahan diri untuk lebih baik dan juga tak jemu mengajak yang mereka yang kita kasihi menuju keredhaanNYA..

salam syaaban..sama2 doakan dapat bertemu dengan Ramadhan ;D

Jumaat, 15 Jun 2012

10 sebab hati buta..




Ibrahim bin Adham, seorang ahli tasawuf yang masyhur, dikerumuni orang ramai semasa beliau ke pasar Basrah. Ada antara mereka bertanya mengapakah doa mereka tidak dimakbulkan ALLAH, sedangkan mereka selalu berdoa kepadaNYA? Maka beliau menjawab, “Kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara...” sepuluh perkara yang disebut oleh Ibrahim bin Adham adalah:

1~ Kamu mengenal ALLAH SWT tetapi TIDAK MENUNAIKAN HAK-NYA.

2~ Kamu mencintai Rasulullah SAW tetapi MENOLAK SUNNAHNYA.

3~ Kamu membaca AL-QURAN, tetapi kamu TIDAK BERAMAL DENGANNYA.

4~ Kamu makan nikmat ALLAH SWT tetapi kamu TIDAK MENSYUKURI-NYA.

5~ Kamu berkata SYAITAN itu musuh kamu tetapi kamu TIDAK MENENTANGNYA.

6~ Kamu berkata SYURGA itu benar tetapi TIDAK BERAMAL UNTUKNYA.

7~ Kamu berkata NERAKA itu benar tetapi TIDAK LARI DARIPADANYA.

8~ Kamu berkata MATI itu benar tetapi TIDAK BERSEDIA baginya.

9~ Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia tetapi LUPA KEAIBAN SENDIRI.

10~ Kamu kebumikan mayat tetapi TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR daripada mereka.

Majalah Iman, isu2

"...sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada." (surah Al-Hajj 22:46)