Petang itu, ketika melangkah beriringan dengan sahabat karibku ke masjid, kami terserempak dengan seorang sahabat yang lebih tua setahun daripada kami.
“assalamualaikum kak, apa khabar? Lama tak nampak.”sapa sahabat saya dahulu. Kami berdua bersalaman dengan ‘Akak’ sambil berlaga pipi.
“eh, Akak nangis ke??nape nie? Sape buat Akak?” kataku memegang tangannya. Akak masih menangis. Sahabat saya mengajak kami masuk ke dalam masjid kerana muazzin sudah bersedia untuk menyeru pelajar-pelajar KMPk menunaikan solat maghrib berjemaah di Masjid al-Maghfirah.
Sebaik menjejakkan kaki di bahagian muslimat masjid yang merupakan tingkat atas masjid tersebut, Akak mula membuka cerita.
“Kalkulator Akak hilang, macam mana akak nak jawab exam math esok?” kata Akak dalam tangis teresak-esak. “benda tuh dah lar bukan Akak punya, abang Akak yang punya, dia suruh jaga baik-baik, huhu..”
Kami tahu kalkulator Akak jenis yang canggih, boleh simpan formula. Mungkin ada yang berminat tetapi kami tidak mahu membuat andaian tidak berasas.
“Hari tuh Akak balik sebab ayah akak sakit masuk hospital. Balik semalam Akak study kat pondok sebelah dewan. Akak rasa tertinggal kat situ tapi tadi Akak tengok dah takde. Kenapa masalah datang bertimpa-timpa kat Akak? Kenapa? Korang jawablar, janganlah diam,”Akak masih menangis. Mata-mata sekeliling ada yang menjeling ke arah kami.
“Akak, jangan cakap camtuh. Masalah ini semuanya ujian ALLAH. Ujian-ujian ni tanda cinta ALLAH kat Akak. Akak tahu, Rasulullah dulu kena lagi teruk. Kena hina, baling batu,baling taik, kena ugut bunuh, macam-macam lagi lar, sedangkan baginda tuh kekasih ALLAH. Kenapa ALLAH uji baginda? Sebab ALLAH nak buktikan kasih sayangNYA kepada nabi yang kita cintai itu” saya cuba memujuk hatinya.
“So Akak kena sabar. Setiap masalah datang daripada ALLAH dan pasti ALLAH ada sediakan penyelesaiannya. ALLAH nak tengok akak sabar ke tak hadapi semua ni dan mungkin ALLAH nak tengok sejauh mana cinta Akak kepadaNYA. Akak jangan risau, nanti kami tolong akak cari kalkulator akak.”sahabat saya menambah. Muazzin telah melaungkan iqamat.
“Akak, kami nak masuk solat ni, akak cuti kan. Akak ambil dulu quran terjemahan ni, cuba selak mana tau jumpa ayat-ayat cinta daripada kekasih akak ke” saya memberikan senyuman paling manis untuknya. Dia hanya tercengang menyambut mushaf berwarna hijau itu.
Usai solat sunat ba’diah maghrib saya melangkah keluar dari ruang solat. saya ternampak quran terjemahan saya ditinggalkan di meja tempat kami duduk sebelum solat tadi. Akak sudah pulang barangkali. saya membelek quran itu. Tiba-tiba handphone berbunyi. Lupa nak silent, nasib baik tak berbunyi ketika solat. 1 mesej diterima.
“thanks, dik. Kekasih akak mmg ada sediakn ayat2 cinta utk akak. Akak jumpa 1 jer,surah al-Baqarah : 286. Akak tau, ko mesti tahu byk lagi ayat2 cinta dlm al-quran. Nnt share2 la dgn akak ea.. :D”
Mushaf diselak.
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)
(Surah Al-Baqarah ayat 286)
Reply. “sme2 kak. insyaALLAH..
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?” – al-Ankabut: 2
Kisah di atas adalah sebahagian daripada kisah-kisah kehidupan seorang hamba ALLAH yang sering diuji. Sekadar untuk renungan walaupun saya akui ramai dalam kalangan pembaca yang lebih banyak mengharungi dugaan yang hebat dari ALLAH. Alhamdulillah saya lihat Akak sudah semakin ceria dan wajahnya seakan disinari nur Ilahi.
Sebenarnya boleh dikatakan menghadapi ujian, dugaan, cabaran, halangan serta masalah setiap masa sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir. Kekasih kita menguji kita dengan pelbagai keadaan sama dalam nikmat yang kita kecapi atau musibah yang melanda. ALLAH juga menguji sama ada kita mampu taat pada perintahNYA atau memilih untuk terjun ke lembah maksiat. teringat ayat al-quran yang pernah saya pelajari zaman sekolah dulu,
“Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah ayat 155)
ALLAH menjanjikan kita berita gembira jika kita bersabar menghadapi ujian daripadaNYA. Kita juga perlu berusaha dan berdoa serta menunaikan perintahnya dengan bersungguh-sungguh.
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)
Seperti dalam artikel yang pernah saya post sebelum ini,(hentikan-mengeluh) janganlah kita mengeluh dalam menghadapi ujian ini kerana orang yang suka mengeluh ini sebenarnya orang yang lemah.
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Al-Imran ayat 139)
Berfikiran positif dan bersangka baik dengan ALLAH juga adalah kunci utama dalam menghadapi ujian. Bak kata Prof. Dr Muhaya yang dalam slot ‘Islam Itu Indah’ di IKIM.fm yang sangat menggalakkan kita berfikiran positif dalam masalah dan tidak terlalu menfokuskan masalah sehingga mengetepikan nikmat yang masih ALLAH berikan kepada kita.
Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman, Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu, sekiranya sangkaannya terkadapKu baik maka baginya kebaikan, maka janganlah bersangka terhadap Allah swt melainkan yang baik.
Begitu juga dengan surah Ar-Ra'ad (ayat 11): "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya."
Kadang-kadang ramai juga orang yang saya jumpa tenang jer menghadapi dugaan. Kalau orang lain kena macam dia mesti paling kurang muka tension lar. Tapi dia cool jep..memang tabah dan sabar, serta berjaya menyembunyikan keresahan di sebalik senyuman indah di bibir. mungkin dia sudah lama menghayati ayat-ayat cinta yang saya senaraikan di atas serta meneladani akhlak mulia Rasul junjungan. So sahabat-sahabat, hadapilah segala tanda cinta ALLAH dengan penuh rasa cinta kepadaNYA. Barakallah ‘alaikum.^^,
" Semua yang menimpa orang Islam seperti keletihan, penyakit, kedukaan, kesedihan, kesakitan dan perkara yang tidak disukai, bahkan termasuk duri yang dipijaknya, melainkan sebagai gantinya Allah menghapuskan dosa-dosanya." (HR. Bukhari)
Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menanti
jika dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menanti
jika dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia
(berjalan tanpa henti- Devotees)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang yang beriman (QS 51:55)