Sabtu, 18 Januari 2014

UKHUWAH SEMANIS EPAL

“Anti, nanti jaga diri baik2 ye,” Musfyrah menepuk bahu akhwat di sebelahnya. Dalam maksud kata-kata itu. Kedua2nya senyap memerhatikan permandangan indah di hadapan mata. Dari atas bukit yang dia sendiri kurang pasti namanya, mereka dapat memerhatikan sebahagian kawasan Serdang, dan sayup-sayup kelihatan Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur ditutupi kabus, atau mungkin jerebu. Sebelah kiri ternampak bangunan-bangunan kolej kediaman dan padang kawat. Sebelah kanan ada semak dan jirat cina. Ada yang berkata bahawa bukit itu adalah puncak tertinggi di UPM.

“Fyrah, antunna nak duduk atas bukit ni sampai pukul berapa?” Syahidah bertanya seolah2 tidak mengendahkan kata-kata Musfyrah tadi. Mereka masih menanti anak-anak halaqah Musfyrah yang menunggang basikal dari Raudhah, rumah akhwat UPM. Mereka berdua sampai terlebih dahulu kerana menaiki motorsikal. Sebenarnya pagi itu dia mengajak Syahidah menemaninya ke bukit itu untuk melihat matahari terbit bersama anak halaqahnya.

“Dah nampak sunrise baliklar, banyak kerja nak buat lagi ni, dorang pun ada exam esok. Afwanlar ana selalu menyusahkan anti,”kata Musfyrah. Syahidah diam lagi.
‘Phlegmatic betul!’getus Musfyrah dalam hati. Syahidah memang begitu, pendiam tapi cerdas. Kalau Musfyrah cakap dia tiada perasaan, dia jawab dia malas nak jadi melancholy. Syahidah yang pandai menunggang motorsikal sering diminta Musfyrah untuk tolong hantarkan ke mana-mana. Walaupun suka menaiki ‘kuda’ dengan akhwat tetapi Musfyrah berazam dia akan belajar menunggang motorsikal dan mengambil lesen supaya tidak menyusahkan akhwat lagi.

Nota kuliah subjek Pengurusan Sisa Pepejal itu ditatap dengan penuh perhatian. Dia cuba menghafal definisi untuk ‘Sanitary Landfill’ atau dalam Bahasa Melayunya ‘tempat pelupusan sampah sanitari’. Kemudian dia menulis pula di atas whiteboard kecilnya definisi yang ada 3 ayat itu. Dia kemudian memandang jam di skrin laptop. Pukul 10.30malam.

‘Mana Syahidah ni? Kenapa tak balik lagi, dari lepas zohor tadi keluar,”getus hatinya. Teringat mimpinya semalam. Syahidah, akhwat yang disayanginya kemalangan motorsikal dalam UPM. Sakit dadanya apabila terbayang perkara menakutkan itu. Malas melayan perasaan itu dia melayari internet.

“Astaghfirullahal’azim, 2 orang pelajar UPM kemalangan motorsikal petang tadi. Tempat di Kolej Serumpun. Ya ALLAH, kesiannya, siapa dorang tuh,”Musfyrah membaca berita yang dilihatnya dari Facebook. Berita itu tidak memaparkan nama pelajar yang terlibat dengan kemalangan tersebut. Mereka dimasukkan ke Hospital Serdang dan dilaporkan stabil.

Musfyrah berharap kepada ALLAH agar bukan akhwat-akhwatnya yang terlibat dengan kemalangan tersebut. Tapi hatinya masih tak sedap. Malam itu dia tinggal berdua dengan Kak Athira yang sedang belajar di dalam bilik. Kak Aini yang bekerja sebagai jururawat bekerja malam hari itu. Akhwat yang lain semua keluar, mungkin mengadakan halaqah atau belajar di bilik kawan kerana minggu itu mereka sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.

Musfyrah mencapai telefon bimbitnya dan mencari nama Syahidah.
“tut..tut..tut..Assalamualaikum, ye Fyrah, kenape?” ‘Huh, reda degupan kencang jantung Musfyrah mendengar suara itu.
“Waalaikumussalam. takde, nak tanya, anti kat mana? Bila nak balik rumah?”
“Ada kat serumpun ni, belajar dengan kawan, nak balik dah,”
“Owh..ok. Hati-hati tau. Assalamualaikum,”
“Waalaikumussalam.” Talian diputuskan. Musfyrah menatap telefon bimbitnya.
‘ALLAH, kenapa aku rasa macam ni?’
 ***
Hari Khamis adalah giliran untuk dia memasak. Pagi tadi Kak Azmiera sudah membeli ikan di pasar pagi dan tolong menyiangkan ikan-ikan itu. Melihat ikan itu Musfyrah terfikir untuk memasak gulai asam pedas kegemarannya. Lagipun, Raudhah sudah lama tak bau asam pedas. Dia menyediakan bahan-bahan dan membersihkan ikan.

“Fyrah, masak apa tuh?” tegur suatu suara yang sudah lama tidak didengarinya. Dia mengangkat muka.

“Eh, Kak Ain! Alar, tangan busuklar bau ikan. Tak boleh nak salam. Ana nak masak gulai asam pedas. Akak makanlar kat sini, boleh rasa air tangan ana, tapi kalau tak sedap jangan marah,”

“Oh, ye ke, akak datang sekejap jer ni, nak ambil SINERGI baru tuh, lepas tuh nak pergi pejabat balik. Lain kali lar ye akak datang makan dengan antunna. Fyrah sihat? Exam macam mana? Tadi akak tengok muka anti masam jer, tahulah nak masak gulai asam. Hehe, anti ok ke?”

“Eh yeke?nampak sangat ke kak? Xde apelar kak, tension sebab exam ni, fikir anak halaqah lagi.”

“Owh..kalau takde masalah baguslar. Petang ni free tak, akak nak ajak teman akak ziarah anak halaqah akak kat Kolej 17.”

“Owh, petang ni ana takde ape2. Boleh kak, insyaALLAH.”
 ***

Kolej 17 adalah kolej kediaman untuk pelajar perubatan dan sains kesihatan UPM. Kereta Viva berwarna perak milik Kak Ain, bernama Iman, baru sahaja keluar dari pagar kolej itu. Jam kereta menunjukkan 8malam.

“Akak, macam mana nak hilangkan rasa takut dan risau yang bukan-bukan dengan akhwat?”tanya Musfyrah. Alunan ayat-ayat suci al-Quran dari radio yang dipancarkan dari stesen Radio IKIM.fm memenuhi ruang dalam kereta. Tenang.

“Owh, kenapa anti risau dengan akhwat tuh, dia ada buat maksiat ke?”tanya Kak Ain kembali. Kak Ain bagi Musfyrah ibarat kaunselor. Orang yang lebih tua daripadanya, pasti lebih banyak pengalaman, terutamanya dalam dakwah dan tarbiyah.

“Taklar kak, dia baik jer,”
“Habis, anti risau kenapa? Dia ada kat mana sekarang?”
“Ada jer kat Raudhah tuh, Ana just risau dia accident, atau kena apa2”
“Sebab apa anti rasa macam tuh?”pertanyaan Kak Ain kali ni sangat sukar untuk dijawab. Dia terkedu. ‘Hmm, sebab apa aku fikir macam tuh hah?” Dia bertanya kembali kepada dirinya.
 ***

“Fyrah, Annur suka tengok Fyrah senyum, comel sangat. Tapi dah lama Annur tak nampak senyuman itu.” Tergiang kata-kata Annur ketika liqo iman mereka minggu lepas. Fyrah melihat lukisan wajahnya yang dilukis oleh Annur. Tersisip di helaian Quran terjemahannya. Walaupun sekadar lukisan tapi sangat menyimpan makna buatnya.

“Subhanallah, manisnya ukhuwah, semanis epal.” Teringat Syahidah yang gemar makan epal. Dan sesuatu bingkisan hadiah daripada Syahidah.

‘Eh, takde..tadi ada dalam Quran ni,’ hatinya cemas. Dia menyelak beberapa helaian Quran itu.

“Fyrah, cari apa? jom siap cepat, dorang semua dah on the way nak pergi tasik, nanti lambat kena iqab bagi tazkirah,” Annur bertanya. Dia sudah siap memakai tudung. Pagi itu mereka akan beriadah dan berrehlah di tepi tasik depan rumah mereka.

“Cari epal.” Musfyrah menyelongkar mejanya.

“Epal? Syahidah dah bawa tadi dengan makanan semua,” Annur menjawab.

“Bukan epal tuh, epal lain..”
 ***

“OK, Fyrah, cuba bayangkan ibu Fyrah kat rumah, duk risaukan Fyrah kat sini, setiap masa fikir, last2 dia suruh Fyrah balik, duduk rumah jelar katanya. Boleh ke camtuh? Apa yang anti akan cakap kat ibu anti kalau jadi camtuh?” Dia tersentap mendengar pertanyaan Kak Ain kerana dia pernah mengalami situasi itu dulu. Dan dia meminta ibunya untuk sentiasa berdoa agar ALLAH menjaga keselamatannya sepanjang berada di negeri orang. Dia juga meminta ibu bapanya agar sentiasa bergantung harap kepada ALLAH kerana semua yang berlaku berada dalam perancangan ALLAH.

“Ye Fyrah, ini semua masalah aqidah, sama ada kita bergantung harap kepada ALLAH atau tidak. Kita sepatutnya serahkan kepada ALLAH keselamatan akhwat-akhwat kita dan berdoa supaya ALLAH menjaga mereka. Di samping turut menyuruh dorang jaga keselamatan masing-masing. Pasal mimpi buruk, perasaan-perasaan bukan-bukan itu semua mainan syaitan yang saja nak menggangu anti. Takpe, banyakkan berdoa, zikir dan paling penting yakin dengan ALLAH, positif dengan ALLAH, insyaALLAH ALLAH akan jaga semuanya.”

“Segala yang berlaku berada dalam perancangan ALLAH. Kita pun merancang, tapi ALLAH terlebih dahulu merancang, Dan perancangan ALLAH yang terbaik. Kita sebagai hamba akan redha dengan segala ketentuannya setelah kita sudah usaha bersungguh-sungguh serta bertawakkal.”

Lagi 1, kita jangan berlebihan menyayangi manusia. Akak yakin anti dah faham priority cinta kita. Kalau kita terlalu menyayangi manusia? Mana tempat ALLAH dan Rasulullah di hati kita? Mana ruang cinta jihad di hati kita?”

“Fyrah, menung apa tuh?” Syahidah menepuk bahunya. Fyrah memandang sekeliling, takut ada yang nampak dia terperanjat sampai melatah. Syahidah yang tadi sedang berjoging sudah berada di tepinya. Musfyrah pula malas nak berjoging dan memilih untuk duduk memerhatikan tasik. Pagi itu tak ramai orang di Taman Tasik Sri Serdang. Yang ada orang-orang tua berbangsa cina yang sedang bertaici.

“tadi Annur kata, anti cari epal,” Musfyrah tetap memandang depan. Diam. Tidak mempedulikan kata-kata Syahidah.

“Ni ke epal yang anti cari?” Syahidah mengambil tangannya dan meletakkan sesuatu. Sekeping kad kecil berbentuk epal. Mata Musfyrah terbeliak.

“Syahidah, anti sorokkan benda ini ke? Kenapa?” Musfyrah berdiri, pura-pura marah.
“Saja, nak sakat anti, haha!”

“Nakal!” mereka berdua berkejaran di taman tasik itu. Kak Azmiera dan Kak Aini menggelengkan kepala.


“Manisnya epal yang Syahidah beli ni,”Annur mengunyah buah epal. Senyum.

"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan kecuali orang-orang yang bertaqwa" (43:67)

Lap habuk setahun lebih~

Bismillah. setelah sekian lama. 

'last post Aug 2012'

Hari ini usai solat subuh tiba-tiba teringin nak melawat blog sendiri. 'ALLAH, busy sangat ke aku?' ceyh, bajetlar busy. Masa sendiri yang tak diperuntukkan. Camna ikhwah akhwat yang busy itu boleh menaip jugak post utk peminat-peminat blog dorang? atau lebih tepat lagi, berdakwah melalui tulisan-tulisan mereka.

Serius, kena betul-betul bahagi masa lepas ni. teruskan cita-cita dan polish semula potensi yang terkubur selama ini. Dan tekad untuk dapatkan at least 1 artikel kali ini.

Alhamdulillah. sedang bercuti setelah tamat semester 3 daripada 8 semester yang perlu dihadapi untuk menggengam segulung ijazah Bacelor Sains dalam Pengurusan Alam Sekitar. Dah masuk tahun kedua sebagai pelajar UPM.

"Akak, cuba share kenapa akak masih boleh bertahan di jalan tarbiyah dan dakwah ini?" teringat pertanyaan sorang akhwat junior yang sememangnya sukar nak dijawab. Mereka sebenarnya telah diminta oleh murabbiyah untuk meng'interview' akhwat.

Hmm..soalan itu, saya bagi anda yang membaca untuk memikirkannya. Boleh komen di bawah untuk bagi jawapan anda. ^_^

Cuma nak kita sama-sama fikirkan keadaan negara kita yang dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian beberapa hari lepas bahawa antara negara yang tinggi kadar jenayah. Betul pun, setiap hari berita macam-macam. Baru-baru ini pun ada pekerja Indah Water yang terjumpa janin dalam tangki septik di Kepong (Sinar Harian, 16 Januari 2014).

"Malaysia aman ye." ada yang berkata begitu. Ketika negara jiran Thailand sibuk nak gulingkan PM mereka, Yingluck Shinawatra, kita sibuk dengan kangkung. ops! Jakarta pula banjir besar yang telah mengorbankan ramai orang dan begitu juga Filipina yang menghadapi banjir dan tanah runtuh.

Ketika post ini ditulis, beberapa negeri di dalam negara turut menghadapi banjir seperti di Sabah, Kelantan, Pahang dan Johor.

Di luar negara, serangan musuh ALLAH di bumi Palestin, Mesir, Syria dan wilayah umat Islam tertindas masih bertalu-talu.

Ada terfikir tak semua ni? Tak, kita sibuk fikir diri kita sendiri. Duit kita, Study kita, keluarga kita, tak da masa nak fikir tentang orang lain.

Memang kita pentingkan diri sendiri!

Cukup sudah setakat ini. Ambil langkah sejenak fikirkan keseluruhan hidup kita. Muhasabah. Koreksi diri.

Jom baca SINERGI 11 untuk ketahui lebih lanjut tentang penindasan umat Islam..