Rabu, 27 Jun 2012

semudah kata

mudahnya mulut bermadah
mudahnya jari menaip kata
mudah lagi mata menatap
mudah juga hati menolak
menafikan petunjuk yang tersingkap
lantas mematikan tindakan
mencantas bertunasnya perubahan


ya, memang mudah untuk dikatakan
namun teramatlah payah mengamalkan
baik lidah yang melafazkan
atau hati yang merenungkan
tewas pada dakapan nafsu
bisikan yang tiada makna jemu
menabiri suci fitrah hati


hidayahNYA terus melambai
namun terus diabai
pesona fatamorgana dunia
yang mengajak kepada makruf dikeji
yang menganjur mungkar disanjungi
sekali lagi hati
mudah lupa pada janji abdi
lupa pada balasan ukhrawi


insan terpilih wahai daie
kekasihNYA telah mengamanahkan
"sampaikan dariku walaupun sepotong ayat"
walaupun mudah tapi payah
teruskan mujahadah
perbaiki diri dan menyeru yang lain
walau dirimu masih banyak cela


dan juga saudara yang diseru
sambutlah cahaya peringatanNYA
kerana DIA dan saudaramu masih lagi sayang
masih ada yang kisah pada Imanmu
tidak sanggup melihat deritamu di sana
paksa dirimu untuk berubah
lawan desakan nafsu
kuasai akal pemikiranmu
kerana manusia adalah makhluk
yang bisa mengawal akal dan nafsunya


salam ukhuwah sahabat2ku, apa khabar imanmu? bagaimana persiapan menyambut kekasih yang dirindui Ramadhan al-Mubarak yang bakal berkunjung tidak lama lagi..subhanALLAH..lewat kini saya merasakan begitu meriah di facebook dengan dakwah daripada sahabat2 di sana. pelbagai gambar menarik, ayat2 al-Quran dan hadis, kata2 motivasi, video dan banyak lagi kata-kata renungan daripada ulama2 terkenal. rambang mata dibuatnya. apalagi join lar sekali, 'berlumba-lumba' membuat kebaikan. ^^,


tapi terkadang ada suara yang berbisik, "ish, bajet bagus sangat post2 islamic," takpun datang yang nie plak, "weh, ape yg ko post nie, ko amalkan ke x?"..err..terfikir banyak kali..kadang seronok sangat share datang lar pulak penyakit perasan baik, riyak..waa,,memang jahat giler Mr setan kan?huh


tapi ALLAH sangat menyayangi kita..banyak sekali dihadiahkan ayat-ayat cinta untuk memujuk kita..seperti yang tercatat dalam surah Ali-Imran ayat 110..
Kamu (umat Nabi Muhammad saw) merupakan sebaik-baik umat yang Kami (Allah) keluarkan di kalangan manusia (agar) kamu menyeru kepada yang makruf (kebaikan) dan mencegah kemungkaran (kejahatan), serta kamu beriman kepada Allah. Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman, yang demikian itulah baik bagi mereka, (malah) antara mereka ada yang beriman, tetapi kebanyakan mereka adalah orang yang fasik.


jadi jangan risau, teruskan mencorakkan perubahan diri untuk lebih baik dan juga tak jemu mengajak yang mereka yang kita kasihi menuju keredhaanNYA..

salam syaaban..sama2 doakan dapat bertemu dengan Ramadhan ;D

Jumaat, 15 Jun 2012

10 sebab hati buta..




Ibrahim bin Adham, seorang ahli tasawuf yang masyhur, dikerumuni orang ramai semasa beliau ke pasar Basrah. Ada antara mereka bertanya mengapakah doa mereka tidak dimakbulkan ALLAH, sedangkan mereka selalu berdoa kepadaNYA? Maka beliau menjawab, “Kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara...” sepuluh perkara yang disebut oleh Ibrahim bin Adham adalah:

1~ Kamu mengenal ALLAH SWT tetapi TIDAK MENUNAIKAN HAK-NYA.

2~ Kamu mencintai Rasulullah SAW tetapi MENOLAK SUNNAHNYA.

3~ Kamu membaca AL-QURAN, tetapi kamu TIDAK BERAMAL DENGANNYA.

4~ Kamu makan nikmat ALLAH SWT tetapi kamu TIDAK MENSYUKURI-NYA.

5~ Kamu berkata SYAITAN itu musuh kamu tetapi kamu TIDAK MENENTANGNYA.

6~ Kamu berkata SYURGA itu benar tetapi TIDAK BERAMAL UNTUKNYA.

7~ Kamu berkata NERAKA itu benar tetapi TIDAK LARI DARIPADANYA.

8~ Kamu berkata MATI itu benar tetapi TIDAK BERSEDIA baginya.

9~ Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia tetapi LUPA KEAIBAN SENDIRI.

10~ Kamu kebumikan mayat tetapi TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR daripada mereka.

Majalah Iman, isu2

"...sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada." (surah Al-Hajj 22:46)