Memaparkan catatan dengan label adab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label adab. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Mei 2012

...tak tahu nak jawab apa..


Haikal, kenapa awak tak siapkan kerja yang saya bagi minggu lepas?” Puan Hanisah menengking pelajar yang berdiri di hadapannya. Kecewa.Haikal baginya pelajar pintar dan tidak pernah membuat perangai seperti ini.
Haikal, awak buat apa sampai tak siapkan kerja tuh? jawablar” Haikal masih seperti tadi dan menunduk ke lantai.
~~~~~~~~~

Adik, kenapa tadi adik tak nak dengar cakap ibu, ibu kan sayang kat adik. Sejak bila adik Yong ni pandai melawan cakap..” soal Fyrah lembut. Adiknya yang telah meningkat remaja Suraya, hanya membisu. Dari anak matanya terpancar kekesalan.

~~~~~~~~~~
Akhi, mutabaah anta tak lulus ni. Qiam dengan tilawah anta tak cukup seperti yang kita tetapkan minggu ni. Selalu anta boleh lulus. Boleh anta bagi ana sebabnya?” Zaid terkesima dengan soalan murabbinya itu. Soalan yang tegas dalam nada toleransi itu sudah diduga namun dia buntu mencari jawapan. Syaitan membantunya mencipta pelbagai
alasan namun dia menepis. Dia tahu itu kesilapannya sendiri.
Ana tak tahu nak jawab apa. Maafkan ana...”hanya itu yang mampu terluah.
~~~~~~~~~


3 situasi berbeza namun pointnya sama. Manusia disoal tentang perbuatan yang dilakukannya tetapi tidak mampu memberikan reason(sebab) atau alasan yang jelas kenapa dia berbuat sedemikian apatah lagi perbuatannya adalah salah sama ada pada pandangan manusia atau pandangan ALLAH. Situasi tidaklah terhad kepada skop yang tergambar melalui situasi di atas tetapi terlalu luas meliputi seluruh hidup.


Pasti ada juga di kalangan sahabat-sahabat yang keliru atau tertanya-tanya kenapa 3 insan di atas tidak menjawab soalan yang diajukan. Sedangkan soalannya senang sahaja, dan boleh dijawab dengan 1001 alasan. Ada sahabat yang sudah tahu kenapa? Seperti yang diceritakan, mereka ini seperti kebanyakan orang baik, jarang melakukan perkara yang bercanggah dengan fitrah, manusia yang sukakan kebaikan.

Jadi, apakah kaitannya? Hmm.. manusia yang menghadapi situasi seperti ini(perang dalam diri meletus antara KEBAIKAN dan KEJAHATAN, antara IMAN dan NAFSU) akan merasa tertekan dan resah gelisah kerana dia bukan sahaja menentang ALLAH melalui dosa yang dilakukan malah menentang fitrah yang tertanam dalam dirinya.

Mungkin contoh situasi tidak terlalu radikal namun cukuplah untuk membayangkan penderitaan jiwa terutama yang dihambat kekesalan akibat terlalu terpesona dengan keindahan dunia. Tak siap homework sebab khusyuk main game, lawan cakap ibu sebab rasa diri dah besar dan tak tahan dengar ibu membebel, atau tak lulus mutabaah sebab terlalu busy study, program2 yang tak bermanfaat atau melayan peminat di laman sosial.

Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu kehidupan sebenarnya sekiranya mereka mengetahui.” (surah Al-Ankabut 29:64)

Adakah engkau nampak orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya?” (surah al-Furqan 25:43)

Uuuh, saya sama sekali tidak ingin menyumbat cabai(bahasa kampungnya cili) yang pedas ke dalam mulut siapa2 kerana saya sendiri terasa pahit menelan panadol jika memikirkan topik ini. Mengenangkan akhirat yang akan sama-sama akan kita tempuhi selepas ini saya ingin bertanya lagi, kepada diri sendiri dan sahabat2..

Apakah persediaan kita untuk menghadapi akhirat?”
Apakah bekal yang akan kita bawa sepanjang musafir kita menuju destinasi akhirat yang pasti itu?”. ALLAH telah menyediakan jawapan untuk kita hambaNYA melalui firmanNYA:

Dan berbekallah, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa.” (surah al-Baqarah 2:197)

Orite, soalan tuh boleh kira settled. Dapat jawapan cuma tinggal nak praktikkan mulai sekarang. Usaha lar sampai separuh mati pun mencari takwa sebagai bekalan untuk bertemu dengan Pencipta kita. Easier said than done, but we must try very very hard..huh

Bertaqwalah kamu kepada ALLAH, dan ketahuilah ALLAH Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (surah Al-Baqarah 2:233)

Tapi ada lagi persoalan yang menerawang dalam minda ini. Yang bisa membuatkan pemikir merenung jauh menembusi mihrab masjid Al-Maghfirah KMPK sampai ke bangunan pentadbiran (ceyh..==')

Rasulullah SAW telah bersabda:Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba (ke syurga atau neraka) pada hari akhirat nanti sehinggalah:
  1. Ditanya tentang umurnya: Kemana dihabiskan?
  2. Ditanya tentang ilmunya: Apakah yang diamalkan?
  3. Ditanya tentang hartanya: Bagaimanakah cara memperoleh dan membelanjakannya?
  4. Ditanya tentang kesihatan tubuh badannya: Apakah yang dilakukan dalam kehidupan.” (Riwayat al-Tirmizi)

Hadis ini telah disampaikan dalam sebuah majlis ilmu bertajuk “Soalan Bocor” semasa saya di matrik dahulu yang sama tajuk dengan sebuah artikel yang membahaskan hadis ini dalam majalah Solusi isu 43. Bagi saya tazkirah itu benar-benar membuatkan pendengarnya insaf kerana memikirkan apakah jawapan yang hendak diberi ketika di hadapan ALLAH nanti.
Kalau nak jawab essay questions Biology ke Chemistry ke soalan science computer ke boleh 'goreng' lagi. Tak pun soalan cikgu ke, kakak abang ke, murabbi ke, boleh pusing2 lagi. Tapi saat itu??mulut kita pun ditutup..subhanaALLAH..

Pada hari ini, Kami tutup mulut-mulut mereka dan tangan-tangan mereka akan bercakap (mengakui segala amalan yang dilakukan di dunia) serta kaki-kaki menjadi saksi atas apa yang mereka lakukan.” (Surah Yaasin 36:65)

Tiada lagi alasan. Anggota badan menjawab dengan sebenar-benarnya. Semua amalan kita akan tersingkap sama ada baik atau sebaliknya.

Sama-samalah kita fikirkan. Bukan sekadar renungan yang menembusi skrin tetapi mesti disusuli dengan niat dan keinginan untuk berbuat. Ingat, ALLAH itu Maha Pengampun, Maha Penyayang. Beramallah selagi sempat beramal.

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh ALLAH beserta orang-orang yang berbuat baik.” (surah al-Ankabut 29:69)


~selamat menyambut dan menghadapi bulan Rejab, semoga ALLAH memberkati kita dalam bulan ini dan memberi peluang kepada kita untuk menikmati ibadah dalam bulan Sya'ban dan bulan yang amat dirindui Ramadhan al-Mubarak..(^_^)

Khamis, 19 Mei 2011

Cara menegur yang labih dewasa daripada cucu Rasulullah

Suatu waktu, Hasan dan Husin ternampak seorang lelaki dewasa mengambil wuduk dengan cara yang salah. Kedua-duanya tidak berani menegur lelaki tersebut kerana mereka masih kanak-kanak. Hasan lebih tua setahun daripada Husin. namun kedua-duanya amat disayangi oleh Rasulullah SAW. Ketika mereka kecil, Nabi kerap meletakkan mereka di kedua-dua bahu baginda ketika berjalan dan mengunjungi para sahabat. Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang mencintai keduanya (Hasan dan Husin), bererti dia mencintai aku, sesiapa yang membenci keduanya maka dia membenciku."
Hasan berbisik kepada Husin. Mereka membuat rancangan untuk menyedarkan lelaki tadi. Dua kana-kanak itu kemudiannya berpura-pura tidak tahu mengambil wuduk. "Pak cik, bolehkah pak cik menghakimi siapakah di antara kami yang paling betul mengambil wuduk?" tanya mereka. Lelaki itu bersetuju untuk menjadi hakim. Hasan dan Husin mengambil peluang itu untuk menunjukkan cara berwuduk seperti yang diajarkan oleh datuk mereka, Rasulullah SAW.
Setelah Hasan dan husin selesai berwuduk, tahulah lelaki itu bahawa dia telah silap. "Aku mengucapkan terima kasih pada kalian. Hari ini aku telah belajar cara wuduk yang betul daripada kalian walaupun kalian masih kanak-kanak," kata si lelaki itu merendah diri. Hasan dan Husin tersenyum lalu meminta diri. Sejak kejadian itu, si lelaki mengambil wuduk dengan cara yang betul seperti yang ditunjukkan oleh Hasan dan Husin.



Sabtu, 7 Mei 2011

Warh...besarnye menguap!!


Nak menguap pun ada adabnya yer..Islam dah ajar semua..


Adab menguap...

Tahan menguap sekadar termampu
Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW telah bersabda: "Sesungguhnya ALLAH Taala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap muslim yang mendengarnya mengucapkan 'Yarhamukallah'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah kamu menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya."

Letak tangan di atas mulut
Diriwayatkan Muslim daripada Abu Said al-Khudri r.a, Rasulullah SAW telah bersabda: " Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka)."

Makruh mengangkat suara
Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan at-Tirmizi, Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya ALLAH suka pada orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu."
Ibnu As-Sunni pula meriwayatkan daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya ALLAH Azzawajalla membenci orang yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin."

Kalau dah mata berair, mulut menguap baca doa tidur siap2 lar..selamat malam..mimpi yang indah!!

Jumaat, 29 April 2011

~Assalamualaikum~


Salam adalah sunnah para nabi dan tabiat orang yang bertaqwa. Malah ia merupakan ucapan para ahli syurga. Dengan salam, hati dapat bersatu.

Salam mengubah amarah menjadi senyuman. Salam akan menumbuhkan rasa kasih sayang. Sabda Rasulullah SAW: "Kamu tidak akan masuk syurga sampai kamu beriman, dan kamu tidak beriman sampai kamu saling mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan suatu perbuatan yang dapat membuat kamu saling mencintai; iaitu sebarkanlah salam antara sesamamu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Adab-adab salam
Orang yang naik kenderaan disunatkan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.
Orang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua. Sabda Rasulullah SAW: Hendaklah memberi salam bagi yang berkenderaan kepada pejalan kaki, yang berjalan kaki kepada yang duduk, dan yang sedikit kepada yang ramai." (Riwayat Muslim)

Dahulukan ucapan salam
Ucapkan salam sebelum bercakap ucapan lain seperti selamat pagi atau sebagainya.

Menunjukkan wajah yang ceria, bermanis muka dan senyum ketika memberi salam
Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW: "Senyummu kepada saudaramu adalah sedekah." (Riwayat Muslim)

Beri Salam sewaktu masuk ke rumah
Nabi Muhammad SAW telah bersabda: "Jika engkau hendak masuk ke rumahmu, hendaklah engkau memberi salam, nescaya berkat akan turun kepadamu dan keluargamu." (Riwayat Tirmidzi)

Bagaimana adab memberi salam begi rumah yang tidak berpenghuni? jawapannya mudah sahaja. Perhatikan hadis ini, "Dan jika tidak ada seorangpun di dalamnya maka ucapkanlah, 'Assalamu 'alaina 'ibadillahish shalihin'." (Riwayat Muslim)

Sunat berjabat tangan ketika memberi salam
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Tidaklah bertemu dua orang muslim kemudian berjabat tangan kecuali ALLAH akan mengampuni dosanya sebelum berpisah." (Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi)

Tidak boleh memberi salam kepada orang kafir
Sabda Rasulullah SAW: "Janganlah mendahului Yahudi dan Nasrani dengan ucapan salam, jika engkau menemui salah seorang daripada mereka di jalan, desaklah mereka hingga mereka menepi dari jalan." (Riwayat Muslim)
Sabda baginda lagi: "Jika ahli kitab memberi salam kepadamu maka jawablah dengan 'Waalakum'." (Mutafaquh'alaih)

Tip Beri salam Terbaik
Cuba perhatikan, adakah jawpan salam yang kita gunakan sebelum ini bertepatan dengan saranan ini? Jom kita buat semakan!
+ Jika saudara kita memberi salam: "Assalamualaikum", hendaklah kita menjawab "Waalaikumussalam warahmatullah wabarokatuh".
+ Jika kita diberi salam dengan suara yang jelas, maka hendaklah kita menjawab dengan suara yang jelas juga.
+ Jika sudara kita memberi salam dengan senyuman dan menghadapkan wajahnya kepada kita, maka hendaklah kita membalas salam itu dengan senyuman dan menghadapkan wajah kita kepadanya juga.

Alhamdulillah..marilah sama-sama membetulkan dan memperindahkan lagi salam kita sesama saudara kita. InsyaALLAH salam akan menjadi penyatu hati-hati kita semua.

"Wahai manusia, tebarkanlah salam, berikanlah makan, lakukan silaturrahim dan solatlah malam ketika orang lain sedang tidur, maka engkau akan masuk syurga dengan selamat." (Riwayat Tirmidzi)


Dipetik daripada ASUH
NOV 2010

Khamis, 28 April 2011

Berpakaian Menurut Islam

Setiap kali ingin keluar rumah, masalah utama yang merungsingkan fikiran bagi sesetengah orang pastilah tentang pakaian. Ini kerana pandangan orang yang pertama pasti pada pakaian yang dipakai. Tidak mengapa, jangan pening. Sebagai seorang Muslim, Islam telah menggariskan beberapa panduan dan tips supaya pakaian kita nampak cantik di mata manusia dan juga pada pandangan ALLAH.

Pastikan pakaian kita menutup aurat 
Perkara pertama yang perlu dilihat ialah, adakah pakaian yang kita pakai seharian benar-benar menutup aurat?? Apakah batasan menutup aurat bagi lelaki dan perempuan sama?? Untuk perhatian pembaca, ahli hukum telah menegaskan bahawa aurat lelaki ialah daripada pusat hingga ke lutut. Manakala aurat wanita pula ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.


Tidak menampakkan tubuh
Apa beza menutup aurat dan membalut aurat?? Membalut aurat samalah seperti kita memakai pakaian yang menutup aurat tapi masih menampakkan bentuk tubuh badan kita. Contohnya baju yang sendat seperti baju adik dan juga seluar jean yang rasa mencengkam kaki dan peha, termasuklah legging serta pakaian yang jarang. Pakai tudung tetapi bertocang tinggi dan bersanggul yang ketara. Sangat menakutkan apabila membaca sebuah hadis yang berkenaan hal ini. Rasulullah SAW telah bersabda:


"Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah satu golongan yang memegang tali cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi ialah wanita yang memakai pakaian tetapi bertelanjang, dan meliuk-letokkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang jauh."(HR Muslim)


Berbeza antara lelaki dan perempuan
Kita pasti sedia maklum bahawa pakaian lelaki dan perempuan berbeza. Golongan lelaki ada pakaian yang khusus yang menunjukkan imejnya sebagai lelaki. Maskulin dan macho. Begitu juga para wanita yang ada pakaian khusus yang menampilkan sisi  feminin dalam diri mereka. Rasulullah SAW menegaskan kepada kita dalam sabdanya: "ALLAH telah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru sikap perempuan." (HR Bukhari dan Muslim)
Baginda juga bersabda: "ALLAH melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." (HR Abu Daud dan Al-Hakim)


Memilih warna sesuai
Bagaimana untuk memilih warna-warna pakaian yang sesuai?? Rasulullah SAW bersabda, "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayatmu dengannya (kain putih)." (HR An-Nasaie dan AL-Hakim)
Warna-warna lembut termasuklah putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi serta sering dijadikan pilihan Rasulullah SAW. Sebaliknya pakaian yang berwarna terang mungkin akan menarik perhatian orang lain untuk memandang. Bukankah wanita yang solehah tidak memandang dan tidak dipandang?


Terdapat beberapa hadis yang menceritakan Rasulullah gemar memakai pakaian berwarna hijau, hitam dan merah. Antaranya yang diriwayatkan oleh Abu Ramtsah, maksudnya: "Saya pernah melihat Nabi SAW mengenakan dua helai pakaian yang berwarna hijau." (HR Tirmizi, Nasa'i dan Ahmad)


Selepas membeli pakaian bacalah doa
Abu Daud dan At-Tarmizi meriwayatkan sewaktu memakai pakaian yang baru dibeli hendaklah melafazkan, "Ya ALLAH, segala puji bagi-MU, ENGKAU yang memakaikannya kepadaku, Aku memohon kepadaMU kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku memohon kepadaMU perlindungan kepadaMU daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang kepada Rasulullah".


Mulakan sebelah kanan
Siapa yang selalu menyarung baju atau seluar didahului oleh anggota sebelah kanan? Bagus! Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: "Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci."


Rasulullah suka untuk menegaskan kepada kita agar memulakan memakai sesuatu dengan mendahulukan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya pula dengan sebelah kiri. Rasulullah SAW bersabda lagi: "Apabila seseorang memakai kasut , mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya kanan yang menjadi pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya." (HR Muslim)


Tidak menimbulkan riak
Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana sombong, ALLAH tidak akan memandangnya pada hari kiamat."
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memakai pakaian berlebih-lebihan, maka ALLAH akan memberikan pakaian kehinaan pada akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i dan Ibnu Majah)


Sebelum memakai pakaian bacalah doa
Siapa tahu doa memakai pakaian? Haa,,lupa? Doanya begini..
"Pujian bagi ALLAH yang mengurniakan pakaian ini untuk menutup auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama ALLAH yang tiada Tuhan melainkan Dia."


Islam sama sekali tidak menetapkan warna dan design pakaian yang kita hendak pakai untuk beribadat atau keluar menunaikan urusan kita. Yang penting mestilah menutup aurat, bersih dan tidak menunjuk-nunjuk. Pilihan di tangan kita untuk mengamalkan sunnah Rasulullah kerana Baginda merupakan contoh teladan yang terbaik. Pakaian yang baik menyerlahkan peribadi dan akhlak mulia dalam diri kita sebagai seorang muslim yang bertaqwa kepada ALLAH.