Memaparkan catatan dengan label Ibadah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ibadah. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Mei 2012

...tak tahu nak jawab apa..


Haikal, kenapa awak tak siapkan kerja yang saya bagi minggu lepas?” Puan Hanisah menengking pelajar yang berdiri di hadapannya. Kecewa.Haikal baginya pelajar pintar dan tidak pernah membuat perangai seperti ini.
Haikal, awak buat apa sampai tak siapkan kerja tuh? jawablar” Haikal masih seperti tadi dan menunduk ke lantai.
~~~~~~~~~

Adik, kenapa tadi adik tak nak dengar cakap ibu, ibu kan sayang kat adik. Sejak bila adik Yong ni pandai melawan cakap..” soal Fyrah lembut. Adiknya yang telah meningkat remaja Suraya, hanya membisu. Dari anak matanya terpancar kekesalan.

~~~~~~~~~~
Akhi, mutabaah anta tak lulus ni. Qiam dengan tilawah anta tak cukup seperti yang kita tetapkan minggu ni. Selalu anta boleh lulus. Boleh anta bagi ana sebabnya?” Zaid terkesima dengan soalan murabbinya itu. Soalan yang tegas dalam nada toleransi itu sudah diduga namun dia buntu mencari jawapan. Syaitan membantunya mencipta pelbagai
alasan namun dia menepis. Dia tahu itu kesilapannya sendiri.
Ana tak tahu nak jawab apa. Maafkan ana...”hanya itu yang mampu terluah.
~~~~~~~~~


3 situasi berbeza namun pointnya sama. Manusia disoal tentang perbuatan yang dilakukannya tetapi tidak mampu memberikan reason(sebab) atau alasan yang jelas kenapa dia berbuat sedemikian apatah lagi perbuatannya adalah salah sama ada pada pandangan manusia atau pandangan ALLAH. Situasi tidaklah terhad kepada skop yang tergambar melalui situasi di atas tetapi terlalu luas meliputi seluruh hidup.


Pasti ada juga di kalangan sahabat-sahabat yang keliru atau tertanya-tanya kenapa 3 insan di atas tidak menjawab soalan yang diajukan. Sedangkan soalannya senang sahaja, dan boleh dijawab dengan 1001 alasan. Ada sahabat yang sudah tahu kenapa? Seperti yang diceritakan, mereka ini seperti kebanyakan orang baik, jarang melakukan perkara yang bercanggah dengan fitrah, manusia yang sukakan kebaikan.

Jadi, apakah kaitannya? Hmm.. manusia yang menghadapi situasi seperti ini(perang dalam diri meletus antara KEBAIKAN dan KEJAHATAN, antara IMAN dan NAFSU) akan merasa tertekan dan resah gelisah kerana dia bukan sahaja menentang ALLAH melalui dosa yang dilakukan malah menentang fitrah yang tertanam dalam dirinya.

Mungkin contoh situasi tidak terlalu radikal namun cukuplah untuk membayangkan penderitaan jiwa terutama yang dihambat kekesalan akibat terlalu terpesona dengan keindahan dunia. Tak siap homework sebab khusyuk main game, lawan cakap ibu sebab rasa diri dah besar dan tak tahan dengar ibu membebel, atau tak lulus mutabaah sebab terlalu busy study, program2 yang tak bermanfaat atau melayan peminat di laman sosial.

Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu kehidupan sebenarnya sekiranya mereka mengetahui.” (surah Al-Ankabut 29:64)

Adakah engkau nampak orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya?” (surah al-Furqan 25:43)

Uuuh, saya sama sekali tidak ingin menyumbat cabai(bahasa kampungnya cili) yang pedas ke dalam mulut siapa2 kerana saya sendiri terasa pahit menelan panadol jika memikirkan topik ini. Mengenangkan akhirat yang akan sama-sama akan kita tempuhi selepas ini saya ingin bertanya lagi, kepada diri sendiri dan sahabat2..

Apakah persediaan kita untuk menghadapi akhirat?”
Apakah bekal yang akan kita bawa sepanjang musafir kita menuju destinasi akhirat yang pasti itu?”. ALLAH telah menyediakan jawapan untuk kita hambaNYA melalui firmanNYA:

Dan berbekallah, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa.” (surah al-Baqarah 2:197)

Orite, soalan tuh boleh kira settled. Dapat jawapan cuma tinggal nak praktikkan mulai sekarang. Usaha lar sampai separuh mati pun mencari takwa sebagai bekalan untuk bertemu dengan Pencipta kita. Easier said than done, but we must try very very hard..huh

Bertaqwalah kamu kepada ALLAH, dan ketahuilah ALLAH Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (surah Al-Baqarah 2:233)

Tapi ada lagi persoalan yang menerawang dalam minda ini. Yang bisa membuatkan pemikir merenung jauh menembusi mihrab masjid Al-Maghfirah KMPK sampai ke bangunan pentadbiran (ceyh..==')

Rasulullah SAW telah bersabda:Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba (ke syurga atau neraka) pada hari akhirat nanti sehinggalah:
  1. Ditanya tentang umurnya: Kemana dihabiskan?
  2. Ditanya tentang ilmunya: Apakah yang diamalkan?
  3. Ditanya tentang hartanya: Bagaimanakah cara memperoleh dan membelanjakannya?
  4. Ditanya tentang kesihatan tubuh badannya: Apakah yang dilakukan dalam kehidupan.” (Riwayat al-Tirmizi)

Hadis ini telah disampaikan dalam sebuah majlis ilmu bertajuk “Soalan Bocor” semasa saya di matrik dahulu yang sama tajuk dengan sebuah artikel yang membahaskan hadis ini dalam majalah Solusi isu 43. Bagi saya tazkirah itu benar-benar membuatkan pendengarnya insaf kerana memikirkan apakah jawapan yang hendak diberi ketika di hadapan ALLAH nanti.
Kalau nak jawab essay questions Biology ke Chemistry ke soalan science computer ke boleh 'goreng' lagi. Tak pun soalan cikgu ke, kakak abang ke, murabbi ke, boleh pusing2 lagi. Tapi saat itu??mulut kita pun ditutup..subhanaALLAH..

Pada hari ini, Kami tutup mulut-mulut mereka dan tangan-tangan mereka akan bercakap (mengakui segala amalan yang dilakukan di dunia) serta kaki-kaki menjadi saksi atas apa yang mereka lakukan.” (Surah Yaasin 36:65)

Tiada lagi alasan. Anggota badan menjawab dengan sebenar-benarnya. Semua amalan kita akan tersingkap sama ada baik atau sebaliknya.

Sama-samalah kita fikirkan. Bukan sekadar renungan yang menembusi skrin tetapi mesti disusuli dengan niat dan keinginan untuk berbuat. Ingat, ALLAH itu Maha Pengampun, Maha Penyayang. Beramallah selagi sempat beramal.

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh ALLAH beserta orang-orang yang berbuat baik.” (surah al-Ankabut 29:69)


~selamat menyambut dan menghadapi bulan Rejab, semoga ALLAH memberkati kita dalam bulan ini dan memberi peluang kepada kita untuk menikmati ibadah dalam bulan Sya'ban dan bulan yang amat dirindui Ramadhan al-Mubarak..(^_^)

Ahad, 13 November 2011

Kelebihan surah Al-Mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. 
Ibnu Abbas menceritakan: "Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."(direkodkan oleh Imam tirmidzi)


Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk." (Direkodkan oleh Imam Ahmad)

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya." (direkodkan oleh tabrani)

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

5. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."(Direkodkan oleh Imam Tirmidzi)

6. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

7.Daripada Abi Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda :Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada tiga puluh ayat memberi shafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk (Tabaraarakal-Lazi).(Direkodkan oleh Imam Ahmad)

8.Daripada Anas Ibnu Malik berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Satu surah di dalam Al-Quran menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga. Iaitu (Tabaraakal-Lazi)(HR.Riwayat At-Tabarani)

9.Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: adakah kamu mahu saya khabarkan kepadamu satu hadis yang menggembirakan kamu, ia berkata bahkan! Beliau (Ibnu Abbas) berkata bacalah surah Al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli kamu dan semua anak kamu dan kepada anak-anak kamu yang belum baligh dirumahmu dan jiranmu sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat hari kiamat di depan Allah SWT memohon kepada pembacaannya supaya Allah SWT menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacaannya juga selamat daripada siksaan kubur.(Oleh Abd Humaid dalam Musnadnya) 



Khamis, 19 Mei 2011

Andai ia bisa berbicara

Andai ia bisa berbicara
Andai ia bisa berkata-kata
"zaman kecilmu aku kau dampingi
aku dipeluk dikucup dengan rasa cinta
kasihmu suci junjungku tinggi
meningkat usia aku dijaga setia
dibalut sutera disimpan di para
dengan cahaya wuduk kau menyentuhku
hiasiku dengan merdu lunak suaramu
Namun kini aku sendiri
sepi menanti hadirnya jauhari
tubuh dilitupi hama
lusuh gambarkan kecewa
di mana engkau wahai pencinta
di mana engkau merdu suara
jangan tinggalkan aku di sini
kerana aku ingin menjadi pembelamu
kerana aku ingin jadi hujahmu
yang menjawab pertanyaan daripada Penciptamu
tapi aku sedar aku tak diperlukan lagi
kau biarkan aku bersemadi di sini
menanti saat lenyapku dari bumi


Jumaat, 6 Mei 2011

Tanggungjawab kepada Ibu Bapa tersayang..^^

Sebuah pepatah Arab menyebut, keredhaan ALLAH terletak kepada keredhaan ibu bapa. Hal ini menunjukkan betapa tinggi kedudukan ibu bapa di sisi ALLAH. Siapa tak tahu ibu bapalah yang menjaga kita sedari dalam kandungan, memberi segala keperluan, dari makan minum, pakaian sehinggalah keselamatan dan kasih sayang yang tidak terhingga. Segalanya 
memerlukan pengorbanan yang besar sehingga tak mampu kita membalasnya.

Ibu bapa tak minta banyak pun daripada kita. Tak minta pun kita membalas jasa-jasa mereka yang terlalu banyak sebab mereka terlalu sayangkan kita. Kita saja yang tak nampak semua itu. Justeru, sebagai anak kita sewajarnya menjalankan tanggungjawab kita kepada mereka supaya kita tidak tergolong dalam anak-anak derhaka yang telah dijanjikan dengan azab yang pedih daripada ALLAH SWT.
1. Merendah diri dan hormati ibu bapa
Menderhaka kepada ibu bapa merupakan dosa besar. Apabila anak tidak mendapat keredhaan ibu bapa, maka ALLAH tidak akan meredhainya dan ibadatnya tidak akan diterima oleh ALLAH. Justeru kita seharusnya merendah diri, bercakap dengan sopan santun dengan mereka. Jangan sesekali membantah dan mengherdik kerana ia sangat ditegah ALLAH SWT.
Jika seorang anak dipanggil oleh ibu atau bapa, dia perlu menjawab panggilan dan tidak boelh bersikap acuh tak acuh terhadap suruhan ibu bapanya. Dalam Al-Quran telah menerangkan bahawa anak-anak wajib merendah diri terhadap ibu bapa sebagi bukti kasih sayang seorang anak kepada ibu bapanya.
"Dan rendahkanlah dirimu terhadap kedua orang tua dengan rasa kasih sayang." (al-Isra':24)

2. Berbakti kepada Mereka Setiap Masa
Gembirakanlah hati ibu bapa dengan membantu mereka membuat kerja rumah di samping melayan mereka dengan penuh kasih sayang. Bersedia memberi apa jua bantuan yang diperlukan. Apabila mereka sudah lanjut usia (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan dan selalu menziarahi mereka kerana ini boleh menghiburkan hati mereka.
3. Taat dan Patuh pada Suruhan
Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan dan ajaran ibu bapa selagi ia tidak bertentangan dengan syariat. Seperti yang telah diperintahkan ALLAH SWT supaya beribadat kepadaNYA dan mentaati ibu bapa.
ALLAH SWT berfirman: "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung segala kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKU dan kepada kedua ibu bapaMU; dan ingatlah kepada AKU jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Luqman: 14)
4. Doakan Ibu Bapa
Sebagai anak yang soleh kita hendaklah mendoakan kesejahteraan dan keampunan untuk kedua orang tua kita sama ada yang masih hidup atau yang telah tiada. Kita juga digalakkan untuk menjadikan ucapan salam dan minta maaf sebagai pelengkap semasa bertemu dan berpisah dengan mereka. Lebih baik lagi hadiahkan sebuah ciuman dan pelukan sebagai tanda kasih kita. (teringat zaman tinggal di asrama sekolah menengah dulu, kalau tak dapat peluk dan cium ibu ayah rasa macam tak boleh nak tidur, hehe). Jangan dengan kawan-kawan saja kita beriya-riya peluk tapi dengan ibu bapa dan ahli keluarga tidak pernah. Peluklah dan kucuplah sebelum kita tidak sempat berbuat demikian atau hanya mampu buat kali terakhir.
Al-Quran telah menerangkan dengan jelas tanggungjawab seorang anak untuk mendoakan untuk ibu bapa mereka.
"Wahai Tuhan kami, ampunilah kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan segenap orang Mukmin pada hari tertegaknya perhitungan." (Ibrahim: 41)
Namun apabila ibu bapa telah meninggal dunia, anak hendaklah memperbanyakkan berdoa untuk keselamatan dan mendapat rahmat dari ALLAH, banyakkan sedekah dan membaca Al-Quran untuk dihadiahkan kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi ALLAH SWT.
5. Berbuat baik kepada rakan ibu bapa
Muliakan sahabat-sahabat ibu bapa kita. Jagalah hubungan silaturrahim sesama mereka walaupun mungkin pada suatu ketika nanti ibu bapa kita telah tiada. Dengan ini kita dapat menggembirakan hati ibu bapa yang melihat budi pekerti kita menghormati orang tua serta turut bersyukur kerana dapat mendidik anak mereka menjadi anak yang berperibadi mulia.

Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat Al-Quran serta hadis yang menekankan tanggungjawab kepada ibu bapa. Namun saya harap artikel ringkas ini (yang semua orang dah belajar zaman sekolah dulu) dapat mengetuk mana-mana hati supaya dapat menilai sejauh manakah kita sudah menunaikan hak kepada ibu bapa kita.
p.s: bagi saya setiap hari adalah hari ibu dan ayah saya..Along sayang ibu dan ayah!!!

Jumaat, 29 April 2011

"Luruskan dan Rapatkan Saf!!!"


Bersolat jemaah di masjid sangat dituntut kepada umat Islam. Apabila solat di masjid setiap jemaah perlu berbaris yang dinamakan saf supaya solat jemaah lebih teratur dan sempurna. Namun terdapat juga segelintir masyarakat yang masih kurang faham perihal saf dan seolah-olah mengabaikan peritah imam yang mengarahkan makmum meluruskan dan merapatkan saf.

Secara peribadi saya melihat di bahagian solat wanita yang tanpa disedari menghadapi permasalahan ini. Contohnya seorang jemaah solat atas 1 sejadah. Sejadah memang rapat tetapi jemaahnya tidak bersentuh pun. Hal ini tidak terjadi di kawasan solat lelaki kerana mereka selalu mengunjungi masjid untuk menunaikan solat terutamanya solat jumaat dan mereka dapat dilihat oleh imam. Atau mungkin juga disebabkan faktor kurangnya pengetahuan agama dalam masyarakat.

Cara luruskan Saf
Sebenarnya ada beberapa perkara lain yang juga telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW berkaitan kesempurnaan saf iaitu:
1.Merapatkan bahu dengan bahu orang yang solat bersebelahan dengannya.
2.Merapatkan lutut dengan lutut orang yang solat bersebelahan dengannya.
3. Merapatkan buku lali dengan bubu lali orang yang solat bersebelahan dengannya.
Justeru, hanya dengan mempraktikkan perkara-perkara di atas barulah tercapai kesempurnaan saf dalam solat berjemaah dalam erti kata yang sebenar.


Daripada Nu'man bin Bashir berkata: "Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan melekatkan mata kakinya (buku lali) dengan mata kaki saudaranya." (Riwayat Abu Daud)
Selain itu juga, daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda: "(Pada waktu solat) setiap kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya (buku lali) dengan telapak kaki saudaranya." (Riwayat Bukhari)

Hikmah Merapatkan Saf
~Kesempurnaan Solat~
Merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kesempurnaan solat. Anas bin Malek berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: "Luruskan saf kamu, kerana meluruskan saf merupakan sebahagian daripada kesempurnaan solat." (Riwayat Muslim)
Solat yang sempurna akan membentuk peribadi yang baik.

~Satukan Hati~
Ia merupakan faktor yang boleh menyatukan hati umat Islam. Sabda Rasulullah: Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan bercerai-berai hati kamu" (Riwayat Muslim)
Sabda baginda lagi: "Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi ALLAH (kamu diperintah agar) merapatkan dan meluruskan saf-saf kamu, atau ALLAh akan mencerai-beraikan hati kamu." (Riwayat Abu Daud)

~Hindari Gangguan syaitan~
Dengan meluruskan dan merapatkan saf juga dapat menghindarkan gangguan syaitan ke atas orang yang bersolat.
Sabda Rasulullah SAW: "Rapatkanlah saf kamu sekalian, dekatkanlah antara saf tegakkanlah tengkukmu. Demi ZAT yang jiwaku berada dalam genggamanya tanganNYA, sesungguhnya aku melihat syaitan menyusup di celah-celah saf seperti anak kambing." (Riwayat Abu Daud)

~Dicintai ALLAH SWT~
ALLAH mencintai mereka yang  menyempurnakan saf. Sabda Rasulullah SAW: "Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh ALLAH daripada langkah seseorang hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf (dalam solat)." (Riwayat Abu Daud)

~Ganjaran Pahala~
Ganjaran pahala yang besar bagi mereka yang menyempurnakan saf dalam solatnya. Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang paling lembut bahunya di dalam solat, tidak ada suatu langkah seseorang yang melangkah yang pahalanya lebih besar daripada langkah untuk menutup celah dalam saf." (Riwayat Thabrani)

Sesungguhnya merapatkan dan meluruskan saf sangat dititikberatkan dalam agama yang syumul ini. Sebagai muslim kita perlu saling menegur dengan bijaksana serta mempraktikkan apa yang telah dipelajari supaya dapat dikongsi dengan saudara seislam kita yang lain.

"Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat. "(Riwayat Bukhari)



Dipetik dari ASUH Ogos 2010